Connect with us

Oh! Media

Masih Takut Nak Mulakan Perniagaan? EcoWorld & iMedia Lancar Siri Temubual Bersama Pakar Industri

Its Time To Do Business

Trending

Masih Takut Nak Mulakan Perniagaan? EcoWorld & iMedia Lancar Siri Temubual Bersama Pakar Industri

Mengambil inisiatif bagi membantu para peniaga melihat perspektif perniagaan masa kini, Eco World Development Group Berhad (EcoWorld Malaysia), syarikat pemaju hartanah terkemuka, bersama iMedia, syarikat media digital dan pemasaran pempengaruh terkini telah melancarkan satu siri berkonsepkan program perniagaan bertajuk, It’s Time To Do Business.

ADVERTISEMENT

Terdiri daripada 6 episod, siri ini akan menampilkan temubual dengan pakar industri daripada pelbagai sektor dan membincangkan topik terkini dalam dunia perniagaan termasuk industri F&B, Runcit, E-dagang, IR 4.0, Taman Perindustrian serta Kelestarian.

It’s Time To Do Business merupakan satu program yang bertujuan untuk berkongsi pandangan usahawan daripada pelbagai sektor memaparkan perbincangan tentang pemulihan ekonomi dan bagaimana tempoh dua tahun yang sukar sebelum ini mengubah perspektif perniagaan.

Program bual bicara perniagaan ini akan menampilkan pengacara yang tidak asing lagi, Khoo Hsu Chuang dari Do More dan BFM89.9. Beliau akan menemu bual dan berkongsikan pandangan daripada individu yang berpengaruh besar seperti Nicole Tan, Pengarah Negara Facebook Malaysia; Shirley Tay, Presiden MRCA dan Faroze Nadar, Pengarah Eksekutif, UN Global Compact Network Malaysia.

Siri It’s Time To Do Business merupakan sebahagian daripada kempen terbaru EcoWorld, Together We Create, yang memfokuskan konsep mereka bersama.

“Kami percaya bersama-sama, kami boleh mereka kehidupan yang menggembirakan untuk pelanggan kami. Dengan mendengar kehendak dan keperluan mereka, kami mewujudkan komuniti impian. Perbandaran kami yang sentiasa berkembang memberikan peluang hebat kepada usahawan muda untuk menerokai usaha niaga baru dan membina hubungan yang kukuh dalam komuniti. Kami percaya pada perniagaan yang mampan di mana produk industri hijau kami, penyelesaian inovatif dan lokasi strategik akan memberi anda kelebihan yang tidak dapat dinafikan dalam membangunkan perniagaan anda”- Dato’ Chang Kim Wah, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EcoWorld Malaysia.

Pada masa yang sama, EcoWorld juga teruja untuk bekerjasama sekali lagi dengan iMedia dalam siri istimewa ini dan berharap It’s Time To Do Business dapat memberi informasi yang bermakna kepada usahawan untuk menghadapi cabaran dalam keadaan norma bahru.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama iMedia, Voon Tze Kay, walaupun pandemik yang berlarutan, ekonomi dilihat semakin pulih dan ini memberi lebih keyakinan kepada pemilik perniagaan keluar daripada keselesaan bagi menghadapi tahun ini dengan lebih positif.

“Sebagai sebuah syarikat media digital yang berhubung dengan berjuta pengguna setiap bulan, iMedia sangat teruja untuk sekali lagi bekerjasama dengan EcoWorld bagi membangunkan program yang memberikan komuniti perniagaan pengajaran berharga dan pandangan berguna yang boleh mereka gunakan dalam perniagaan mereka sendiri tahun 2022 dan mendatang”, tambahnya lagi.

Program bual bicara It’s Time To Do Business akan mula bersiaran 19 Januari ini di laman rasmi Facebook, EcoWorld.

Anda juga boleh menyaksikan tayangan perdana melalui platform rakan kongsi seperti Oh! Media, Goody25, MORETIFY dan Newswav pada 19 Januari. Episod pertama boleh ditonton di SINI (insert link for the first video).

Jom bangunkan perniagaan anda tahun baru ini bersama EcoWorld dan iMedia kerana It’s Time To Do Business.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi dan Facebook EcoWorld.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas