Connect with us

Oh! Media

Ronaldo Dibaling Botol Coca-Cola Semasa Aksi Menentang Perancis

Trending

Ronaldo Dibaling Botol Coca-Cola Semasa Aksi Menentang Perancis

Selepas seminggu kejadian yang mana Ronaldo mengalihkan botol minuman Coca-cola semasa sidang media baru-baru ini yang mencetuskan kontroversi penaja, kini Ronaldo terpaksa ‘menerima’ semula botol tersebut selepas dipercayai dibaling oleh pencoroboh padang ketika aksi menentang Perancis awal pagi tadi.

ADVERTISEMENT

Kejadian itu menyebabkan pegawai keselamatan terpaksa mengawal Cristiano Ronaldo daripada penceroboh padang tersebut selepas seorang penonton bertindak membaling botol minuman ringan itu ke arahnya.

Ronaldo, 36 yang menjadi wira ketika Portugal mengikat juara Piala Dunia 2018, Perancis dengan jaringan 2-2 semalam turut dibaling dengan cawan minuman ketika meraikan jaringan penalti keduanya itu.

Cristiano Ronaldo juga turut dibaling cawan minuman ketika meraikan jaringan keduanya menentang Perancis (Sumber: Football 2U)

Pegawai keselamatan bertindak pantas bagi meleraikan situasi tersebut selepas seorang penonton menceroboh padang ketika Ronaldo terus berwaspada selepas melihat balingan botol ke arahnya.

Selepas dibaling penonton, pemain bintang Juventus itu kelihatan mengusap belakang tengkuknya menandakan beliau berasa sedikit kesakitan selepas kejadian itu.

Walaubagaimanapun, perkara itu tidak memberikan kesan kepada Ronaldo selepas pemain Portugal itu muncul sebagai wira negaranya yang bakal dipertemukan dengan Belgium di pusingan 16 terbaik Euro 2020.

Sementara itu, hasil dua jaringan Cristiano Ronaldo awal pagi tadi meletakkan dirinya untuk melepasi rekod jaringan yang dilakukan oleh bekas penyerang Jerman, Miroslav Klose dalam kejohanan besar dengan 19 gol.

Pencapaian itu juga membuatkan Ronaldo kini menyamai rekod pemain Iran, Ali Daei dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman di peringkat antarabangsa dengan 109 jaringan. Ronaldo hanya memerlukan satu jaringan lagi untuk meletakkan dirinya sebagai penjaring terbanyak di peringkat antarabangsa.

Walauapapun, kita harus berbangga kerana bekas pemain Kebangsaan Malaysia, Allahyarham Mokhtar Dahari masih menduduki 10 terbaik bagi rekod jaringan antarabangsa dengan menduduki tempat ke-3 dengan 89 jaringan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas