Connect with us

Oh! Media

“Pelakon Hanya Dibayar” – Caprice Rasa Tak Adil Netizen Kecam Siti Saleha, Shah Iskandar

siti saleha

Oh! Artis

“Pelakon Hanya Dibayar” – Caprice Rasa Tak Adil Netizen Kecam Siti Saleha, Shah Iskandar

Beberapa hari lepas, kecoh di media sosial apabila netizen beri kecaman terhadap adegan dalam drama Love In Lockdown, dimana pelakon utamanya, Siti Saleha dan Shah Iskandar tergopoh-gapah membetulkan pakaian di dalam kereta.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dahlah Cermin Tak Tinted” – Netizen Kecam Babak Siti Saleha Dan Shah Iskandar Dalam Kereta

Apabila tular di media sosial, Caprice, penyanyi rap turut memberi pendapat bahawa netizen tidak sepatutnya mengecam dua orang pelakon itu kerana mereka berdua hanyalah ‘berlakon.’

Tak adil untuk hentam pelakon

Caprice merasakan bahawa orang ramai tidak sepatutnya marah kepada pelakon, Siti Saleha dan Shah Iskandar kerana mereka hanya melakukan kerja mereka.

Namun, sebaliknya, netizen sepatutnya timbulkan rasa marah kepada pengarah dan penulis skrip drama Love in Lockdown kerana menghasilkan adegan seperti itu.

Mereka semua dibayar untuk melakonkan babak tersebut dan hanya ikut skrip. Anda semua sepatutnya marah kepada pengarah drama tersebut.

Ada betulnya kan? Pelakon hanyalah berlakon ikut skrip drama. Tapi, pelakon pun ada hak untuk tolak adegan-adegan yang mereka rasa tak sesuai kan? Ke tak? Haha.

Dalam hantaran tersebut, Caprice membuat challenge untuk netizen dimana mereka perlu menuliskan komen mengenai situasi dalam drama itu tanpa berkaitan dengan lucah. Caprice akan memberikan hadiah kepada seorang pemenang yang paling kreatif.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas