Connect with us

Oh! Media

“Anda Tahu Nama Saya, Tapi Bukan Kisah Saya” – Syura Mohon Netizen Berhenti Menghukum

Syura

Oh! Artis

“Anda Tahu Nama Saya, Tapi Bukan Kisah Saya” – Syura Mohon Netizen Berhenti Menghukum

Baru-baru ini, nama penyanyi Syura menjadi bualan hangat apabila tular rakaman live di Instagram mendakwa penyanyi itu dan beberapa individu lain menfitnah Siti Nordiana. Siti Nordiana yang mahu membersihkan nama membuat laporan polis serta menuntut individu terlibat membuat permohonan maaf.

ADVERTISEMENT

BACA: Nama Kena ‘Petik’ Dalam IG Live, Nana Lapor Polis Dan Tuntut Permohonan Maaf

Walau bagaimanapun, penyanyi, Lan Solo, Syura bersama tiga yang lain iaitu isteri Lan, Nur Sheila Hassim; jurusolek, Aida G; dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin, menyerahkan kepada peguam mereka untuk tindakan selanjutnya.

syura

Terbaru, Syura menerusi hantaran di Instagram Story memuat naik status dipercayai berkait rapat dengan isu yang sedang hangat ini. Tulis Syura, orang ramai hanya mengenali namanya namun tidak mengetahui kisah sebenar hidupnya.

Anda dengar dan lihat apa yang saya pernah buat, tapi tak tahu apa yang saya sudah lalui.

Peserta Gegar Vaganza musim ke-4 ini juga memohon pengikut media sosialnya berhenti menghukum kerana jika mereka berada di tempatnya, mereka dipercayai akan turut kecundang.

Terdahulu, Syura dan beberapa individu lain dikecam teruk selepas rakaman sesi live tular di laman Youtube. Netizen berpendapat mereka tidak seharusnya mendedahkan keburukan orang lain secara terbuka lebih-lebih lagi jika seseorang itu pernah menjadi sahabat baik sebelum ini.

Kredit: Syura

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas