Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Foto Ini, Janna Nick Ditegur Netizen

Oh! Artis

Gara-Gara Foto Ini, Janna Nick Ditegur Netizen

Seakan sudah menjadi lumrah, setiap tindak tanduk dan pergerakan artis menjadi perhatian orang ramai. Mereka dilihat sebagai seorang ikon yang harus menjadi contoh kepada pengikut di media sosial. Terbaru, pelakon dan pengacara sensasi, Janna Nick ditegur netizen gara-gara memuat naik sekeping gambar yang didakwa mereka kurang manis dipandang.

ADVERTISEMENT

Pelakon cantik yang dikenali dengan perwatakan ‘happy go lucky’ ini juga dinasihatkan agar berkelakuan sopan dan menutup aurat dengan betul. Sebagai seorang peminat, mereka turut mempersoalkan motif sebenar Janna Nick memuat naik foto berkenaan.

It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not.

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diterima daripada pengikut. Ada yang mengkritik tindakan Janna Nick dan ada juga yang memohon orang ramai menasihati atau menegur Janna Nick dengan cara baik tanpa memaki hamun.

Salah seorang pengikut berpendapat seseorang perlulah mempunyai adab dalam menegur tanpa menjatuhkan air muka seseorang.

Kredit: Janna Nick

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas