Connect with us

Oh! Media

Ini Cara Yang Digunakan Scammer Untuk Perdaya Guru Hingga Rugi RM57,850

scam

Trending

Ini Cara Yang Digunakan Scammer Untuk Perdaya Guru Hingga Rugi RM57,850

Tiap kali ohmedia terbaca mengenai isu ini, mesti akan rasa geram dan sedih dengan mangsa yang tertipu dengan mereka. Kami selalu mengingatkan semua untuk berhati-hati dengan panggilan yang tidak dikenali, apatah lagi mereka yang meminta maklumat peribadi kita.

ADVERTISEMENT

BACA: Insta Famous Kantoi Scam Orang Akibat Show Off Banyak Duit Di Media Sosial

Kali ini ia melibatkan seorang guru tuisyen yang mengalami kerugian sebanyak RM57,850 selepas terpedaya dengan scammer. Ini terjadi apabila mangsa kongsikan maklumat bank miliknya serta Kod Pengesahan Transaksi (TAC) kepada individu yang menyamar sebagai pegawai bank. Tektik seperti ini seringkali digunakan mereka dan nampaknya masih ada mangsa yang terpedaya.

Kejadian ini disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak selepas mangsa membuat laporan polis.

Guru tuisyen yang berusia 57 tahun itu menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan pengesahan mengenai pembelian melalui platform e-dagang berjumlah RM3,800 pada 22 September lalu.

Mangsa menafikan membuat pembelian itu dan menghubungi individu kononnya dikatakan sebagai pegawai bank melalui satu nombor telefon yang diberikan dalam mesej berkenaan.

Pegawai bank yang dihubungi mangsa kemudian meminta pengadu untuk mendedahkan maklumat akaun bank dan TAC kepadanya. Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa menuruti arahan daripada pegawai bank terbabit. Kononnya mahu maklumat berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut oleh pihak bank.

Pada waktu inilah baru mangsa sedar seperti ditipu dan membuat laporan polis pada 24 September di Balai Polis Sentul. Mangsa menyedari perkara itu selepas melihat transaksi pindahan wang dari akun miliknya kepada tiga akaun berbeza melalui e-wallet Touch nGo berjumlah RM57,850.

Kesian kan? Jadi kami nak ingatkan sekali lagi untuk korang sentiasa hati-hati dan ingatkan juga kepada keluarga serta kawan-kawan. Jika korang ada maklumat berhubung kegiatan seperti ini boleh hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas