Connect with us

Oh! Media

Dakwaan Jumpa Petunjuk Baharu, Polis Rakam Keterangan Bapa Nurin Jazlin

Trending

Dakwaan Jumpa Petunjuk Baharu, Polis Rakam Keterangan Bapa Nurin Jazlin

Meskipun sudah 14 tahun berlalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menutup kes pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin. Siasatan teliti akan dilakukan pihak polis jika ada petunjuk baharu mengenai kes.

ADVERTISEMENT

BACA: 14 Tahun Berlalu, Polis Masih Buru Suspek Kes Pembunuhan Nurin Jazlin

Terbaru, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim dalam laporan Harian Metro memaklumkan pegawai penyiasat kanan sudah memanggil bapa mangsa untuk dirakam keterangan susulan laporan polis yang dibuatnya berkenaan petunjuk baharu.

Pihaknya meminta seorang individu warga Indonesia yang dikatakan mempunyai maklumat mengenai kes itu tampil membantu siasatan.

Beliau turut menegaskan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan mengesahkan ia milik kanak-kanak, Nurin Jazlin Jazimin.

Sementara itu, bapa mangsa, Jazimin berkata, dia telah menyerahkan maklumat terbaharu termasuk gambar diberikan warga Indonesia mendakwa kemungkinan itu adalah suspek penculikan anaknya.

Pegawai polis akan menyiasat maklumat terbaharu dan akan menyemak sama ada lelaki terbabit masih bekerja dalam bidang perkapalan.

Malah pegawai penyiasat memberitahu saya jika perlu ke Indonesia mereka akan lakukannya bagi menyelesaikan kes ini.

Dakwanya, berdasarkan maklumat terbaru itu, seorang lelaki Indonesia yang bekerja dalam bidang perkapalan dikatakan menculik Nurin Jazlin dan membawanya ke negara jiran.

Menurut Jazimin lagi, dia berharap kes ini dapat diselesaikan demi menuntut keadilan buat anaknya.

Terdahulu, bapa mangsa tetap dengan pendirian bahawa mayat yang dijumpai bukan milik Nurin Jazlin. Ini berdasarkan saiz gigi yang berbeza, tahi lalat hidup di paha dan ketiadaan parut suntikan pelalian Bacillus Calmette–Guerin (BCG).

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas