Connect with us

Oh! Media

Cari Telefon Pintar Bawah RM500? Ini 5 Senarai Yang Terbaik!

Telefon pintar

Oh! Tech

Cari Telefon Pintar Bawah RM500? Ini 5 Senarai Yang Terbaik!

Pengunaan telefon pintar ketika ini sudah menjadi satu keperluan bagi semua orang tak kira peringkat umur. Terdapat pelbagai kemudahan yang korang boleh gunakan hanya di hujung jari, pada bila-bila masa dan dimana jua korang berada.

ADVERTISEMENT

BACA : Wifi Slow? 10 Langkah Korang Boleh Cuba Untuk Tingkatkan Kelajuan Wifi

Apa yang membezakan telefon-telefon pintar di pasaran adalah spesifikasi, rekabentuk serta harganya. Bagi sesiapa yang mencari telefon pintar dibawah RM500, meh sini Ohmedia nak share 5 model terbaik yang boleh korang dapatkan di pasaran.

realme C15

realme C15

Telefon pintar realme C15 ini didatangkan dengan skrin sebesar 6.5 inci HD+ yang dijana dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G35. Untuk storan dalaman, ia hadir dengan 64GB bersama RAM sebesar 4GB. 

realme C15 ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 6,000mAh yang didatangkan dengan 18w pengecasan pantas. Untuk kamera utama, ia hadir dengan 13MP AI Quad Kamera dan 5MP untuk kamera hadapan. Dengan spesifikasi tersebut, ia dijual pada harga RM499 sahaja.

realme C11

realme C11

Telefon pintar realme C11 yang berharga RM399 ini dilengkapi dengan skrin sebesar 6.5 inci Mini-drop touchscreen yang dijana dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G35. Untuk storan dalaman, ia didatangkan dengan 32GB bersama RAM sebesar 2GB. 

realme C11 ini menggunakan bateri berkapasiti 5,000mAh. Untuk kamera utama, ia hadir dengan 13MP AI Dual Kamera dan untuk kamera hadapan pula dilengkapi 5 megapixel.

Redmi 9c

Redmi 9c

Redmi 9c ini dilengkapi dengan skrin sebesar 6.53 inci HD+ yang dikuasakan dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G35. Untuk storan dalaman, ia didatangkan sebesar 32GB bersama 2GB RAM.

Telefon pintar ini menggunakan bateri berkapasiti 5,000mAh. Untuk kamera utama, ia hadir dengan 13MP AI Triple Camera dan untuk kamera hadapan pula dilengkapi 5 megapixel. Ia dijual pada harga RM499 sahaja.

Infinix Hot 10

Infinix Hot 10

Telefon pintar Infinix Hot 10 ini dilengkapi dengan skrin sebesar 6.78 inci yang dijana dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G70. Untuk storan dalaman, ia didatangkan dengan 64GB bersama 4GB RAM.

Infinix Hot 10 ini menggunakan bateri berkapasiti 5,200mAh. Untuk kamera utama, ia hadir dengan 16MP Quad Kamera dan untuk kamera hadapan pula dilengkapi 8 megapixel. Dengan spesifikasi tersebut, ia dijual pada harga RM469 sahaja dan korang boleh dapatkannya di Shoppe.

Wiko U20

Wiko U20

Telefon pintar Wiko U20 ini dijual pada harga RM418 yang menggunakan skrin sebesar 6.82 inci HD+ serta dijana dengan cip pemprosesan MediaTek G35. Untuk storan dalaman, ia didatangkan dengan 32GB bersama RAM sebesar 2GB. 

Wiko U20 ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5,000mAh. Untuk kamera utama, ia hadir dengan 13MP AI Triple Camera manakala untuk kamera hadapan pula dilengkapi 5 megapixel.

Mana satu yang korang berkenan antara kelima-lima diatas? Kalau nak beri hadiah kepada ibubapa dikampung atau anak-anak dengan bajet hanya RM500, itulah antara darinya.

Kredit: Youtube Mohd Azizam

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas