Connect with us

Oh! Media

(Video) Rider Panda Dipelawa WR Malaysia Cuba Sendiri Husqvarna RM25k Curi Tumpuan Ramai!

Branded

(Video) Rider Panda Dipelawa WR Malaysia Cuba Sendiri Husqvarna RM25k Curi Tumpuan Ramai!

Tahniah diucapkan kepada Wheel Riders Malaysia setelah dipilih menyertai kempen pengiklanan Bina Bersama 2021. Wheel Riders Malaysia kini membuka cawangan baharu di Eco Business Park III @ Pasir Gudang berhampiran dengan Taman Kota Masai Johor Bahru.

Kami tertarik dengan perkongsian video dari Wheel Riders JB yang menunjukkan seorang rider foodpanda telah diberikan peluang untuk cuba tunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi ketika menghantar makanan di Eco Business Park III Johor Bahru.

Rider foodpanda itu dilihat menggunakan motosikal jenis Honda Ex5 dan tertarik dengan sebuah motosikal besar warna hitam berjenama Husqvarna. Berdasarkan pemeriksaan kami, motosikal itu adalah jenis Husqvarna Svartpilen 250 berharga RM24,800.

Sebaik sahaja mencuba menunggang Husqvarna, rider foodpanda itu dilihat jatuh cinta dan merasakan ia kena dengan jiwanya. Jadi, rider foodpanda ni beli ke tidak Husqvarna Svartpilen 250 tu? Korang kena tonton video dekat bawah ni sampai habis.

Untuk pengetahuan korang, Wheel Riders Malaysia merupakan pengedar sah bagi 2 jenama besar motosikal iaitu KTM dan Husqvarna. Mereka juga merupakan satu-satunya pengedar sah untuk dua jenama ini di seluruh Johor. 

Dari motosikal baru, terpakai hingga ke aksesori motor dan pakaian kita boleh dapatkan di sini. Wheel Riders Malaysia juga mempunyai bengkel motosikal mereka sendiri dengan mekanik terlatih serta lengkap dengan pelbagai jenis alat ganti motosikal dan turut menawarkan kelengkapan KTM original.

Jom kita tengok apa menarik dengan motosikal keluaran KTM dan Husqvarna

Bagi mereka yang meminati sukan pemotoran pasti tidak asing lagi dengan jenama KTM dari Austria ni. Tak dapat dinafikan ramai rakyat Malaysia sangkakan KTM tu bermaksud Keretapi Tanah Melayu, salah sama sekali! 

KTM cukup terkenal dengan pengeluaran supermoto yang dihasilkan di dua buah negara, Austria dan India. Antara model KTM yang cukup terkenal adalah KTM Duke 200 v2, KTM 250 Adventure 2021, KTM 790 Adventure dan banyak lagi. Untuk Off-Road pula ada KTM 250 EXC TPi, KTM 350 EXC-F dan banyak lagi. 

Semua model yang dihasilkan KTM ni korang boleh cuba tunggang dan dapatkan di Wheel Riders Malaysia.

Husqvarna pula adalah jenama motosikal premium keluaran Sweeden yang merupakan antara jenama yang cukup tua dalam dunia pemotoran iaitu seawal tahun 1689. Jenama ini kembali dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 2020 dan berjaya menambat hati rakyat Malaysia.

Antara model Husqvarna yang cukup panas adalah Husqvarna Svartpilen 401 dan Husqvarna Vitpilen 401. Untuk kegunaan Off-Road pula boleh pilih antara Husqvarna TE250i, Husqvarna TE300i dan  Husqvarna FE 250.

Mengancam juga rekaan Husqvarna ni sebab nampak lebih moden dan sebagai sebuah jenama Sweden, pengaruh rekaan Scandinavia banyak mempengaruhi rupa luaran jentera-jentera Husqvarna ini, menjadikannya unik untuk dilihat atas jalan raya Malaysia.

Ini cara untuk korang miliki motosikal KTM dan Husqvarna di Wheel Riders Malaysia

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak Wheel Riders Malaysia telah melakukan kempen #belimotoronline di mana korang boleh melakukan pembelian motosikal secara atas talian dan akan dapat banyak manfaat.

Selain dari menjual dan menyediakan perkhidmatan servis selepas pembelian, Wheel Riders Malaysia turut aktif menganjurkan pelbagai aktiviti seperti konvoi dan sebagainya untuk disertai semua. Tapi buat masa ni semua duduk di rumah dahulu la. Bila keadaan dah pulih nanti, jom sama-sama panaskan enjin pusing satu Malaysia, hehe.

Kalau korang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut boleh layari wheelridersmalaysia.com atau ikuti mereka di Facebook.

Apa yang kami kongsikan di atas adalah sebahagian daripada kempen Bina Bersama 2021 dengan kerjasama EcoWorld dan iMedia.

Selagi anda menyewa atau membeli mana-mana kedai komersial, pusat membeli-belah atau unit perniagaan EcoWorld, anda akan menikmati pengiklanan media sosial secara percuma dengan nilai keseluruhan hingga RM1 juta* di medium pemasaran iMedia. Kempen ini juga diharapkan dapat membantu memperkenalkan perniagaan anda kepada umum.

Sekiranya anda merancang untuk memulakan perniagaan atau masih tercari-cari lokasi yang sesuai, EcoWorld pastinya pilihan terbaik! Untuk maklumat lanjut boleh terus tekan di sini.

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas