Connect with us

Oh! Media

Benjy Ibrahim Meninggal Dunia

Oh! Artis

Benjy Ibrahim Meninggal Dunia

Hari ini, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian seorang pelakon yang dikenali sebagai Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy Ibrahim. Berita ini dilaporkan Awani yang mendapat maklumat dari bapanya Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.

ADVERTISEMENT

Ada kawan Ben telefon saya maklumkan Ben meninggal dunia pukul 11 pagi ini. – Kata bapanya,

Berdasarkan maklumat, Benjy menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di Medan Indonesia akibat penyakit Asma dan urusan pengebumian Benjy akan dilakukan di Medan.

Di Malaysia, Benjy pastinya sangat dikenali sebagai anak kepada Allahyarham Azean Irdawaty dan pernah menempa nama sebagai seorang pelakon muda yang berbakat besar suatu masa dulu. Antara filem yang mengangkat namanya adalah filem Baginda (1997) yang mana Benjy turut berganding bersama arwah ibunya. Kemudian pada tahun 2007, drama Kerana Cintaku Saerah gandingan mantap bersama Umie Aida sekali lagi mengangkat namanya. Pasti ramai yang tak lupa dengan Jibek bukan?

https://youtube.com/watch?v=QdhEJW_v5-w


Innalillahiwainnailaihirajiun. Semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya Dan tempatkannya bersama2 org2 yg beriman. Alfatihah. AminnSatu epilog duka dari negara seberang. Pergi jua akhirnya benjy. Hidup mu penuh derita Dan sedih. Kerana dadah hidup mu berakhir di tirai besi Dan akhirnya kembali menemui penciptaMu. Muga tenang lah rohmu disana. Rehat lah dgn tenang. Tk perlu fikir lagi ttg duniawi.

Ku ikuti kisah hidupmu. Dari kehidupan sbg pelakon yg berjaya kpd kehidupan yg susah sewaktu arwah ibumu sakit kanser hingga dia meninggal dunia. Kerana kesempitan wang kau terbabit dgn dadah. Dah ditangkap di Malaysia di penjara tapi bebas akhirnya. Silapnya pergi Indonesia tertangkap disana Dan dipenjara. Selama disana aku tahu kau menderita sakit. Mengalir air mata ku melihat keadaan mu disana.

Benjy engkau tetap didalam kenangan kami. Muga Allah ampuni segala dosa2 mu Dan tempatkan mu di syurgaNya. Aminn – Nor Muhamad Roslam Harun

Nukilan komen dari seorang followers Oh! Media di Facebook.

Benjy sebelum ini pernah disabitkan kesalahan berkaitan Syabu di Indonesia yang akhirnya telah dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun di sana. Pemergian Benjy pastinya menjadi satu kedukaan kepada industri hiburan tanahair.



Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas