Connect with us

Oh! Media

Bukan Langkah Proaktif, Makanan Murah Tak Selesaikan Isu Harga Barang Naik

Oh! Lifestyle

Bukan Langkah Proaktif, Makanan Murah Tak Selesaikan Isu Harga Barang Naik

Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan telah melancarkan program Menu Rahmah untuk membantu golongan B40 dengan menyajikan menu makanan dengan harga yang murah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Jangan Lagi Merungut Tentang Kenaikan Harga Barang, Usah Bising Tidak Ada Duit Kalau Mampu Beli Tiket Konsert”- Prof Teo

Langkah ini dianggap membantu golongan pelanggan, namun ia agak membebankan pihak peniaga yang terpaksa menampung kos yang tinggi dalam pembelian barang.

Bukan langkah proaktif

Menu rahmah - Oh! Media

Segelintir peniaga mendakwa pihak berkuasa perlu mengawal harga barang di peringkat pemborong dan orang tengah kerana ia menjadi faktor utama yang menghimpit para peniaga.

Pemilik sebuah restoran, Razilah Kaman@ Mohd Nor berkata, tindakan mengawal harga barang itu mampu untuk mengekang kenaikan harga barang yang makin meningkat naik hingga kini.

Peniaga makanan tentu berharap agar harga barang mentah dapat dikawal sebelum sampai kepada peniaga sebab kami hanya menjual makanan sahaja dan perlu membeli bahan mentah sebelum ia dapat dimasak.

Dalam pada masa yang sama, Razilah memaklumkan dirinya terpaksa menambah modal harian dan harus menanggung kos bagi mengelakkan kenaikan harga jualannya.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas