Connect with us

Oh! Media

“Kami Bukan Buat Kerja Tuhan Tapi” – Selepas PU Syed, Kini Giliran Ustazah Asma’ Beri Teguran

Trending

“Kami Bukan Buat Kerja Tuhan Tapi” – Selepas PU Syed, Kini Giliran Ustazah Asma’ Beri Teguran

Selepas Pencetus Ummah (PU) Syed, kini tiba giliran pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun menegur aksi keterlaluan seorang pengasas dalam mempromosikan produk.

ADVERTISEMENT

BACA: “Selama Ini Aibkan Diri Sendiri Dan Keluarga Dia Perasan Atau Tidak?” – PU Syed

Tulisnya dalam satu hantaran di Facebook, dalam memberi teguran tiada siapa yang mengambil kerja Tuhan, sebaliknya mereka sedaya upaya melaksanakan tugas yang telah diperintahkan sebagai saudara Islam.

Saya juga sayang dan hormat kamu, tapi lebih sayang kepada masyarakat dan generasi anak-anak kita yang telah dirosakkan minda dan akhlak oleh sebahagian selebriti, influencer, founder produk dan sesiapa sahaja yang tidak bermoral di media sosial.

Jelas Ustazah Asma’ lagi, teguran yang dibuat para pendakwah juga tidak bertujuan untuk menumpang populariti. Baginya pengaruh bukanlah satu kebanggaan sebaliknya hanya amanah untuk digunakan ke arah kebaikan.

ustazah asma'

Menurutnya, sebelum ini beliau kerap menerima aduan mengenai aksi-aksi ghairah usahawan berkenaan yang dilakukan secara terbuka. Bukan usahawan itu sahaja, malah ramai dalam kalangan netizen yang melakukan perkara sama.

Pendakwah ini turut menolak dakwaan teguran yang dibuat untuk menerakan segelintir orang. Katanya, sebagai umat Islam, adalah wajib untuk kita menyelamatkan saudara seagama seramai mungkin.

Ustazah Asma’ turut menegur usahawan itu yang seolah-olah menyalahkan Allah SWT kerana belum diberikan hidayah oleh-Nya. Malah, usahawan itu diminta berhenti mempromosikan maksiat secara terbuka di media sosial.

Kesalahan nyata dan sengaja dalam perkara agama oleh seorang ternama, selebriti, pembesar dan seumpamanya yang dilakukan di khalayak, maka pandangan paling kuat ialah ditegur di khalayak ramai.

Seandainya kita sentiasa diberikan nikmat yang melimpah-ruah tanpa henti walaupun hidup dalam keadaan fasiq iaitu berterusan melakukan maksiat yang nyata, berhati-hatilah dengan rezeki yang dikurniakan Maha Pemberi Rezeki kepada kita.

Pendakwah ini turut menyarankan institusi bertanggungjawab mengambil tindakan segera dalam menangani isu kelucahan secara terbuka ini.

Perkongsian penuh:

Kredit: Ustazah Asma’ Harun

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas