Connect with us

Oh! Media

“Siap Beritahu Isteri Bagi Greenlight” – Chacha Maembong Dedah Diekori Lelaki Kerana Taasub

Oh! Artis

“Siap Beritahu Isteri Bagi Greenlight” – Chacha Maembong Dedah Diekori Lelaki Kerana Taasub

Pelakon cantik tempatan, Chacha Maembong mendedahkan dirinya telah diekori oleh seorang lelaki tak dikenali ketika menghadiri satu festival makanan di Kedah. Uish, betul ke ni?

ADVERTISEMENT

BACA: Menjerit Minta Salam, Chacha Maembong Digigit Anak Emma Di Pagi Raya

Chacha menceritakan sepanjang dirinya berada di negeri tersebut, dirinya telah diekori dan diperhatikan oleh lelaki berkenaan hingga membuatkannya berasa tidak selamat.

Diekori lelaki

lelaki

Laporan polis telah dibuat dan pelakon itu juga berkongsi bahawa lelaki terbabit pernah menghantar pesanan DM ke Instagramnya.

Masa di balai juga saya dapat tahu yang rupanya dia dah DM saya di Instagram sebelum ini. Dalam DM itu dia mengajak saya kahwin, dia panggil saya dengan panggilan sayang. Malah dia beritahu isterinya sudah beri green light untuk berkahwin satu lagi.

Chacha juga tidak menyangka bahawa lelaki tersebut datang untuk menganggunya lagi di booth festival tersebut meskipun laporan polis telah dibuat.

Saya sampai diserang anxiety, badan saya menggigil sebab takut sangat. Dia datang kali kedua masa itu dengan sangat berani. Kemudian, pihak penganjur halau dia keluar daripada kawasan berkenaan.

Apabila ditanya mengenai motif lelaki tersebut, lelaki itu berkata bahawa dirinya bertindak sebegitu kerana begitu menyukai Chacha.

Abang ipar saya pernah tanya pada dia, kenapa dia bertindak sedemikian pada saya. Dia jawab ini soal hati, kalau dah sayang nak buat macam mana.

Risaunya dengar, semoga Chacha baik-baik sahaja di luar sana.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas