Connect with us

Oh! Media

Yusof Haslam Izin Isteri Jadi Pencelah, “Salah Tetap Salah Sekali Pun Darah Daging Sendiri”

yusof haslam izin datin patimah jadi pencelah

Oh! Artis

Yusof Haslam Izin Isteri Jadi Pencelah, “Salah Tetap Salah Sekali Pun Darah Daging Sendiri”

Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam memberi keizinan kepada isterinya iaitu Datin Patimah Ismail untuk menjadi pencelah dan saksi dalam kes injuksi yang difailkan Puteri Sarah terhadap Ira Kazar.

ADVERTISEMENT

BACA: Datin Patimah Sedia Jadi Saksi Dan Pencelah Bagi Pihak Puteri Sarah

Ira Kazar didakwa melanggar perintah injunksi dikeluarkan Mahkamah Sivil Kuala Lumpur di mana dia diperintahkan untuk tidak mengganggu Syamsul Yusof sehingga kes saman Puteri Sarah selesai.

Yusof Haslam restu isteri jadi pencelah

Berpihak kepada kebenaran, Datuk Yusuf Haslam dalam laporan Kosmo!, yakin isterinya ada alasan yang kukuh untuk menjadi pencelah.

Jelasnya, isterinya adalah individu paling dekat dengan Puteri Sarah selain melihat sendiri situasi rumah tangga dihadapi anak menantunya.

Saya akur dengan kehendaknya kerana dia lebih tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga Sarah dan Syamsul, tambahan pula dia yang berada di rumah sepanjang tempoh itu.

Kami bukan mahu menyebelahi sesiapa tetapi andai anak kami terkhilaf, tentu kami berpihak kepada yang benar. Salah tetap salah, sekali pun darah daging sendiri.

Beliau berharap isu rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah dapat berakhir dengan baik kerana sebagai orang tua, tiada siapa yang mahu lihat hubungan anak berantakan.

Terdahulu, Syamsul Yusof dikatakan memfailkan permohonan di mahkamah untuk mencelah dalam petisyen perintah injunksi Ira Kazar.

Syamsul membuat permohonan itu melalui peguam Azahir Nasir daripada Tetuan Azahir Surianie & Azizan Ariff pada 21 Februari lalu.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas