Connect with us

Oh! Media

Kacang Pool Bukan Asal Johor? Ini Adalah Resepi Mudah Untuk Memasaknya

Oh! Makan

Kacang Pool Bukan Asal Johor? Ini Adalah Resepi Mudah Untuk Memasaknya

Bagi yang berasal dari Johor, hidangan kacang pool merupakan makanan yang tidak asing lagi buat mereka. Tapi tahu tak, hidangan ini sebenarnya bukan berasal dari Johor tetapi dari Mesir.

ADVERTISEMENT

BACA: Hidangan Cina-Muslim, Ini Adalah Resepi Ayam Kam Heong Yang Mudah Diikuti

Masakan ini telah dibawa oleh orang Arab ke tanah Johor pada 1869 dan menjadi sarapan kegemaran masyarakat tempatan. Jadi, jom kita try resepi kacang pool ini!

Resepi kacang pool

kacang pool

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. 10 biji bawang merah (dikisar)
  2. 4 ulas bawang putih (dikisar)
  3. 1 inci halia (dikisar)
  4. 300 gram daging lembu dicincang/ dikisar
  5. 2 camca besar rempah kari daging
  6. 1 tin kacang pool (foul)
  7. 1 tin kacang merah
  8. 1 tin kecil kacang panggang
  9. 1 sudu besar serbuk ketumbar
  10. 1 sudu teh lada hitam
  11. 2 sudu besar minyak sapi
  12. Gula dan garam
  13. Air
  14. Minyak

Bahan lain:

  1. Limau kasturi (dibelah dua)
  2. Bawang besar (dipotong dadu)
  3. Cili hijau (dipotong)
  4. Roti
  5. Tomato (dipotong)
  6. Minyak sapi (dipanaskan hingga cair)

Cara membuat:

  1. Cuci bersih daging cincang di bawah air dalam penapis sebelum ditoskan.
  2. Kacau kacang pool (foul) hingga pecah.
  3. Masukkan serbuk ketumbar, rempah kari, dan air 1/3 cawan. Kacau rata hingga menjadi pes dan ketepikan.
  4. Panaskan sedikit minyak dalam periuk kemudian masukan minyak sapi dan biarkan sementara.
  5. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukan pes rempah dan kacau hingga rata. Gunakan api kecil dan kacau sentiasa hingga naik minyak.
  6. Masukan daging cincang dan masak selama 10 minit.
  7. Masukan air dan kacau hingga mendidih.
  8. Masukan kacang panggang, kacang pool (foul), dan kacang merah.
  9. Masukan lada hitam, gula dan garam. Kacau rata dan biar ia masak sekejap dan sebelum matikan api.

Selepas siap, kacang pool boleh dihiaskan menggunakan bahan lain yang telah dicatat di atas. Makan sekali dengan roti panas memang pergh syahdu betul.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Ke Atas