Connect with us

Oh! Media

Siap Ada Car Wash Dan Tandas Bertaraf R&R, Ini Dia Masjid Mesra Musafir Pertama Di Kedah

masjid

Oh! Islam

Siap Ada Car Wash Dan Tandas Bertaraf R&R, Ini Dia Masjid Mesra Musafir Pertama Di Kedah

Pengurusan Masjid Al-Busyra Merbok dipuji tidak lokek apabila menyediakan pelbagai fasiliti lengkap untuk kegunaan jemaah yang hadir.

ADVERTISEMENT

Selain tempat solat yang selesa, masjid ini mempunyai tandas yang bertaraf R&R yang mana ada tempat rehat khas buat pengunjung.

Kalau lapar dan dahaga pula, di situ terdapat mesin layan diri untuk minuman dan makanan ringan. Lebih menarik lagi, Masjid Al Busyra menyediakan tempat basuh kereta dan pondok informasi.

Jom ikuti perkongsian imam/pengerusi masjid Tuan Firdaus Firabib ini.

@firdausfirabib Jom Tour #masjidalbusyramerbok #masjidrnr #bulehtaratu #fypシ #sahabatbosskay ♬ I Got All Night (Instrumental) – BLVKSHP

Malah, kedai runcit, kafe dan juga ‘homestay’ khabarnya dalam pembinaan selain menyediakan bekalan air bersih dan ‘food bank’ buat mereka yang memerlukan.

Difahamkan pihak pengurusan masjid merancang dan merangka menjadikan Masjid Al-Busyra Merbok sebagai masjid mesra musafir, masjid transit, masjid R&R yang pertama di negeri Kedah.

Fuh kalau macam ini memang selesa betul kan? Semoga dipermudahkan!

Kredit: TikTok Firdaus Firabib

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas