Connect with us

Oh! Media

Tak Sengaja Main Lagu ‘Birthday’, Reaksi Bapa Siti Sarah Undang Sebak Netizen

Oh! Artis

Tak Sengaja Main Lagu ‘Birthday’, Reaksi Bapa Siti Sarah Undang Sebak Netizen

Hari lahir merupakan hari yang istimewa bagi setiap individu bagi mengenang kembali hari yang mana seseorang dilahirkan dan memulakan kehidupan di dunia.

ADVERTISEMENT

BACA: Dapat Bertemu Ayash Affan, Shuib Terkenang ‘Janji’ Dengan Allahyarham Siti Sarah

Kebiasaanya, mereka akan mengadakan sambutan seperti majlis bagi menyambut hari istimewa itu dengan menyediakan juadah serta turut diberikan hadiah.

Namun, ia juga akan menjadi sambutan yang penuh dengan kerinduan jika seseorang itu telahpun pergi meninggalkan dunia.

Tiada lagi sambutan birthday bersama

Perkara itu turut dirasai oleh pelawak tanah air, Shuib, yang baru sahaja menyambut hari kelahirannya tanpa disamping isteri tercintanya.

Pelawak itu juga turut berkongsikan beberapa gambar berkaitan sambutan hari jadinya bersama anak-anaknya di laman Instagram semalam.

Menurut hantaran itu, tarikh kelahirannya dengan Allahyarham Siti Sarah hanya berselang tiga hari iaitu pada 13 September dan 15 September.

Tahun ni tiada sambutan hari lahir bersama,12 Sept/15 Sept 1984.

Bagaimanapun, kehadiran anak keempatnya, Ayash Affan selepas dibenarkan pulang sedikit sebanyak mampu mengubat rindu serta merupakan hadiah buat hari kelahirannya itu.

Ayah tak sengaja main lagu birthday

Sementara itu, ayah kepada Allayarham Siti Sarah, Raisuddin Hamzah turut menjadi perhatian netizen selepas memainkan lagu hari kelahiran ketika bermain piano.

Perkara itu dikongsikan oleh ibu tiri kepada Allahyarham, Siti Fatimah Suberi, melalui Instagram Story yang merakamkan aksi suaminya yang sedang leka bermain alat muzik itu.

Namun, suasana pilu mula hadir selepas Fatimah memberitahu suaminya akan hari kelahiran anaknya itu yang akan berlangsung pada hari esok.

Reaksi suaminya yang kelihatan tenang namun air mukanya mula berubah selepas menyedari perkara itu. Namun ia seakan-akan menyimpan seribu satu kesedihan.

Perkara itu turut dikongikan oleh seorang pengguna di aplikasi TikTok bernama @_miedaaaa berkenaan video tersebut yang telah menjadi tular.

https://www.tiktok.com/@_miedaaaa/video/7007719358210297114?_d=secCgYIASAHKAESPgo8LnN7vsK1wrVPLhytKC1LrDgClaTU1Jfe4SrL%2FQY6Lf4AKXnVjMHrTYgmCutjEvuan%2BljoT%2BiJG43dZeYGgA%3D&checksum=bea7edada493ac54e252af998a92f2dc7a1c98c11db7212663684e36b9b737a1&language=en&mid=6994322215227804443&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAWY2k3t4eRfOQGQpkI42zzRRH9goL06G4r_JbrIgSes1RP9Q-VoEzms1bPms8r_ul&share_app_id=1180&share_item_id=7007610269614476570&share_link_id=CC0A2797-EE16-45C6-B9A5-087F60FFD89C&source=h5_t&timestamp=1631603535&tt_from=whatsapp&u_code=dbmga91f337i2j&user_id=6815176934750913537&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=whatsapp&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6993220371899008514
Link TikTok

Netizen turut sebak

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sebak melihat reaksi muka ayah kepada Allahyarham selepas menyedari perkara itu.

Setakat ini, video tersebut telah mencapai lebih daripada 67,000 tontonan serta mendapat 2,589 tanda suka.

Kredit: Instagram suciuwais dan ShuibSepahtu I TikTok @_miedaaaa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas