Connect with us

Oh! Media

Plan Asal Nak Bagi Rumah Dan Tanah, Peminat Bayar Billboard RM123k Demi Jennie Blackpink

jennie blackpink

Trending

Plan Asal Nak Bagi Rumah Dan Tanah, Peminat Bayar Billboard RM123k Demi Jennie Blackpink

Seorang lelaki yang merupakan influencer terkenal Filipina, Christian Albert Gaza, sanggup berhabis sehingga RM123,000 semata-mata untuk ‘mencuba nasib’ mengajak penyanyi Jennie Blackpink keluar makan malam.

ADVERTISEMENT

BACA: Blackpink Terpaksa Tolak Hadiah Dari Peminat?

Difahamkan, dia telah menempah sebuah papan iklan khas beberapa kilometer daripada pejabat agensi pengurusan Blackpink.

Di situ tertera fotonya dengan kapsyen yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan Korea.

Kim Jennie Ruby Jane, you are my ultimate crush. Can I take you out to dinner and make me the happiest man alive?

Dalam satu hantaran di Facebook, lelaki ini berkata, itu sahaja cara untuknya mendapatkan perhatian Jennie Blackpink.

Menerusi hantaran lain, lelaki ini mendedahkan dia sebenarnya mahu menghadiahkan penyanyi itu sebuah rumah dan sebidang tanah lot di Korea Selatan.

Namun, dia terpaksa melupakan hasrat itu selepas mendapat tahu kumpulan itu tidak lagi menerima hadiah daripada peminat.

Ajakan menggunakan papan iklan itu walau bagaimanapun tidak mendapat respon baik daripada peminat tegar, Blinks. Mereka menyeru agensi, YG Entertainment melindungi penyanyi tersebut.

Blinks turut menyenaraikan beberapa perniagaan lelaki tersebut yang didakwa sebagai ‘tidak baik’.

Kredit: Malay Mail

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas