Connect with us

Oh! Media

Mufti WP Perjelas Hukum Penggunaan Shopee Pay Later

Shopee Pay Later

Oh! Islam

Mufti WP Perjelas Hukum Penggunaan Shopee Pay Later

Sepertimana semua tahu, Shopee yang merupakan sebuah platform e-commerce terkenal pada ketika ini mempunyai perkhidmatan Shopee Pay Later yang membolehkan pembeli membayar barangan di kemudian hari. 

ADVERTISEMENT

BACA : Shopee Dijangka Mula Hantar Pesanan Makanan Ke Rumah Tak Lama Lagi?

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah hukum sekiranya kita sebagai umat islam menggunakan perkhidmatan beli dulu baru bayar ini kan? 

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa isu syariah yang timbul dan antaranya ialah sekiranya pelanggan membuat pembayaran secara lewat dan dikenakan caj lewat bayar, ianya berlaku riba dan haram mengikut Syarak.

Keduanya, sekiranya ia melibatkan caj pemprosesan dan caj lewat bayar, maka pelanggan akan dikenakan kos operasi yang berlebihan dan kerugian sebenar itu juga adalah riba.

Pembayaran one-off yang dilakukan dalam masa tempoh kurang sebulan dikatakan tiada isu syariah dan tiada unsur riba pada perkhidmatan itu. 

Jadi, kita sebagai umat islam tiada masalah sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan pembayaran one-off ni. Kalau yang menggunakan perkhidmatan pembayaran lewat dan dikenakan beberapa caj tambahan pula adalah riba.

Kredit: Mufti WP

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas