Connect with us

Oh! Media

“Harith Minta Maaf Syurga” – Ibu Mangsa Keempat Luah Rasa Sayu, Kongsi Mesej Anak Di Hari Jadi

Trending

“Harith Minta Maaf Syurga” – Ibu Mangsa Keempat Luah Rasa Sayu, Kongsi Mesej Anak Di Hari Jadi

Kira-kira jam 11 malam tadi, mangsa maut keempat kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu iaitu Muhammad Harith Zikri Yusnizar telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Hashim Yahya Jalan Perak Georgetown.

ADVERTISEMENT

BACA:“Orang Kecam Macam-Macam, Kami Kenal Hati Budi Anak”- Ibu Mangsa Kemalangan Maut

Perkara itu dikongsikan Mohamad Nazri (Nek) menerusi satu hantaran di laman Penang Kini.

Ibu allahyarham, Anna Yus menerusi satu hantaran di Facebook meluahkan rasa sayu mengenai pemergian anak. Beliau berkongsi peribadi allahyarham yang merupakan seorang anak yang penyayang, manja dan ceria.

Katanya, dia menjalani 17 tahun yang cukup berharga bersama anaknya itu. Menurut si ibu lagi, arwah juga seorang yang taat kepada orang tua serta menghormati orang sekeliling.

Dalam hantaran itu, si ibu turut menyertakan pesanan mesej yang diterimanya daripada arwah sempena hari jadinya 11 Julai lalu.

Ramai yang turut tersentuh dan sebak membaca kata-kata terakhir daripada arwah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Kredit: Facebook Anna Yus | Penang Kini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas