Connect with us

Oh! Media

Honda Malaysia Buka Tempahan Civic (2022) Serba Baharu!

Honda Civic

Oh! Gear

Honda Malaysia Buka Tempahan Civic (2022) Serba Baharu!

Orang ramai sudah boleh membuat tempahan untuk Honda Civic generasi ke-11 terbaru sekarang. Tiada lagi design ‘ketam’ dan apa pandangan korang tentang model Civic baru ni?

ADVERTISEMENT

BACA : Honda Malaysia Buka Tempahan City Hatchback (2022), Hadir Dengan Dua Varian

Menurut laporan Pandu Laju, ianya dijangka akan dilancarkan pada suku pertama tahun depan di pasaran Malaysia.

Model generasi ke-11 ini dikuasakan dengan enjin 1.5L VTEC Turbo mampu menghasilkan 180hp dan tork 240Nm. Terdapat tiga mod pemanduan iaitu ECON, Normal dan Sport.

Ianya juga hadir dengan Pakej Honda SENSING yang kini mempunyai ciri baharu, iaitu Sistem Notifikasi Kereta Depan Mula Gerak (Lead Car Departure Notification System, LCDNS) yang mana pemandu akan dimaklumkan apabila kereta depan bergerak ketika sedang berhenti menunggu di lampu isyarat. Pergh! Memang terbaik.

Kalini, Honda bawakan varian RS buat kali pertamanya untuk Civic dengan ciri khas seperti cermin sisi hitam, antena sirip jerung, spoiler but baharu, dan rim aloi hitam kusam 18 inci.

Bukan tu jer, varian ini juga akan dapaf pakej penuh Honda SENSING iaitu LCDNS, Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Susur Halaju Rendah (LSF), Sistem Brek Mitigasi Rempuhan (CMBS), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Mitigasi Lencong (RDM), Amaran Tukar Lorong (LDW), Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB).

Garang betul Honda Civic varian RS ni! Apapun, tunggu sehingga ianya dilancarkan nanti untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas