Connect with us

Oh! Media

“YB Khairy Beli Alat Peranti Ni Dekat Shopee Ke?” – Azad Jazmin Dakwa Jam Tercabut Sendiri Tak Sampai 24 Jam

azad jazmin

Oh! Artis

“YB Khairy Beli Alat Peranti Ni Dekat Shopee Ke?” – Azad Jazmin Dakwa Jam Tercabut Sendiri Tak Sampai 24 Jam

Pelakon dan pelawak, Azad Jasmin John Louis Jeffri atau lebih dikenali sebagai Pak Azad mempersoalkan kualiti alat peranti pengesan yang baharu saja dipakai olehnya kurang dari 24 jam.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, Azad bersama isterinya yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Syazira Shuhaimi kini sedang menjalani kuarantin kerana baru pulang dari Mekah dan memerlukan mereka untuk memakai alat peranti pengesan itu sehingga tempoh yang ditetapkan.

Menerusi perkongsian video di Insta Storynya semalam, Azad memberitahu walaupun baru sehari memakai alat itu tetapi ianya sudah tercabut secara tiba-tiba.

Pak Azad persoal kualiti alat peranti pengesan

Di dalam video pendek itu, pelakon tersebut turut menyeru Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan segera.

Assalamuaikum YB Khairy Jamaluddin, ‘idea’ bagus tapi yang tak bagus, kenapa tercabut ni? beli dekat Shopee ke?

Tambahnya lagi, mereka bernasib baik dirinya adalah seorang selebriti, jadi jikalau keluar sesuka hati, orang akan mengenalinya tetapi jika seseorang itu hanyalah rakyat biasa, masalah ini amatlah berbahaya.

Azad tidak lupa juga untuk menyarankan pihak kerajaan untuk menggunakan alat peranti pengesan yang lebih berkualiti supaya ia dapat diguna dengan lebih baik.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Teruskan membaca..
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas