Connect with us

Oh! Media

Lari Dari Polis, Lelaki Ini Tekad Junam Kereta Myvi Masuk Tali Air

Oh! Tidak

Lari Dari Polis, Lelaki Ini Tekad Junam Kereta Myvi Masuk Tali Air

Terbaru, seorang lelaki nekad menghumban sebuah kereta Myvi yang dipandunya ke dalam tali air di Pendang, Kedah semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: Kes Terbalikkan Kereta Myvi, 7 Suspek Mengaku Salah

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah memaklumkan lelaki berusia 30-an itu merupakan seorang pengedar dadah.

Junam kereta Myvi

myvi

Kejadian berlaku 6.30 petang sewaktu pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang melakukan operasi Op Tapis Khas.

Pegawai dan anggota terserempak dengan Perodua Myvi warna putih dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan Kampung Batu Menunggul, di sini. Sewaktu pasukan polis menghampiri kereta terbabit, suspek tiba-tiba memecutkan keretanya menuju ke arah jalan besar keluar ke arah jalan Pendang-Kobah.

Menurut Arriz, kenderaan yang dipandu oleh suspek hilang kawalan lalu menjunam ke dalam tali air.

Pihak polis berjaya mengeluarkan lelaki berkenaan dan hasil pemeriksaan mendapati dia merupakan seorang pengedar dadah yang aktif di daerah itu sejak setahun lalu.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985).

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas