Connect with us

Oh! Media

Staf TNB Kumpul RM3.35 Juta Ringankan Beban B40 Terkesan

Branded

Staf TNB Kumpul RM3.35 Juta Ringankan Beban B40 Terkesan

Sejak dilanda pandemik Covid-19, ramai yang terkesan dari segi ekonomi. Ada yang kehilangan kerja, dipotong gaji dan terpaksa meneruskan hidup dengan simpanan terhad. Prihatin dengan keadaan ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil inisiatif melancarkan Tabung Warga TNB Prihatin.

Tabung itu menerima sumbangan dari staf TNB menerusi potongan gaji sejak Jun 2021. Lebih 6,100 keluarga dan individu terkesan telah menerima sumbangan lebih RM3.35 juta. Seramai 14,500 staf TNB dengan rela hati menyumbang dengan potongan gaji.

Penerima  dari pelbagai latar belakang kaum menerima agihan sumbangan sejak 20 Jun lalu di seluruh Semenanjung Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata penerima dikenalpasti dari golongan B40 dari sistem e-Kasih, Jabatan Kebajikan, pusat zakat negeri dan tinjauan staf TNB sendiri.

Tabung berkenaan pada mulanya dilancarkan pada 9 Jun dan ditutup pada 15 Julai, kemudian disambung sehingga Disember untuk memberi peluang kepada staf terus menyumbang.

“Respon positif dari staf TNB menyumbang dana untuk tabung menjadi bukti budaya TNB yang penyayang, bekerjasama, meletakkan pelanggan keutamaan, integriti, profesionalism dan mempunyai visi. Ini penting bagi membantu kerajaan memastikan Pelan Pemulihan Negara (NRP) berhasil,” menurut Baharin.

Tambahnya lagi, bagi menyokong NRP, TNB memberi perhatian kepada 4 aspek seperti menyelamatkan nyawa, melindungi golongan memerlukan, menyediakan bekalan elektrik stabil dan memastikan pemulihan ekonomi.

Untuk info lanjut mengenai TNB, layari laman web mereka di https://www.tnb.com.my/. Macam-macam info ada kita sebagai pengguna TNB.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas