Connect with us

Oh! Media

Selangor Berisiko Dilanda Banjir, Libatkan 9 Daerah?

Banjir

Trending

Selangor Berisiko Dilanda Banjir, Libatkan 9 Daerah?

Negeri Selangor berisiko dilanda banjir dan banjir kilat yang melibatkan sebanyak 150 kawasan di sembilan daerah akibat taburan hujan yang tinggi.

ADVERTISEMENT

BACA : Rangkaian 3G Bagi Celcom Di Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya Telah Ditutup?

Menurut laporan Harian Metro, ianya membabitkan 23 kawasan di daerah Petaling, 26 kawasan di Klang, 17 kawasan di Sepang, 21 kawasan di Gombak, 32 kawasan di Hulu Langat, 18 kawasan di Kuala Selangor, 7 kawasan di Kuala Langat, 4 kawasan di Hulu Selangor dan 2 kawasan di Sabak Bernam.

Jabatan Meteorologi Malaysia Negeri Selangor meramalkan purata hujan antara 140 milimeter (mm) sehingga 370 mm melanda negeri ini sehingga Mac berdasarkan tinjauan jangka panjang taburan hujan.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri Unit Pengurusan Bencana, Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dalam satu kenyataan.

Taburan hujan bagi November adalah antara 250 mm hingga 370 mm; Disember (200 mm hingga 300 mm); Januari 2022 (150mm hingga 230mm); Februari (140 mm hingga 210 mm) dan Mac (200 mm hingga 300 mm).

Itulah yang menyebabkan risiko kejadian banjir dan banjir kilat di sembilan daerah di Selangor. Apapun, penduduk di kawasan yang dikenal pasti berisiko mengalami banjir ini supaya membuat persediaan dan mematuhi arahan Pihak Berkuasa Keselamatan dari semasa ke semasa.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas