Connect with us

Oh! Media

Stress Tengok Habuk, Bulu Haiwan & Kotoran Degil Pada Lantai? Guna Je Ini, Murah Dan Berbaloi, Confirm Puas Hatilah.

Branded

Stress Tengok Habuk, Bulu Haiwan & Kotoran Degil Pada Lantai? Guna Je Ini, Murah Dan Berbaloi, Confirm Puas Hatilah.

Apa kerja rumah yang korang paling malas nak buat? Kalau kami sejujurnya, kami paling tak suka nak menyapu dan mop lantai. Mana tidaknya, tak sampai 5 minit menyapu dah nampak rambut gugur. Itu belum lagi kalau ada haiwan peliharaan, penuh dengan bulu mereka je.

Kami yakin tak kira suri rumah atau golongan yang bekerja, kalau boleh pasti mengharapkan ada pembantu peribadi yang boleh bantu korang buat semua ni. 

Say no more guys, apa kata korang try beli Roborock Q Revo, vakum robotik revolusioner, berteknologi tinggi yang mampu memberi kesempurnaan serta ketelitian yang mendalam semasa proses pembersihan rumah korang.

Jimat masa, jimat tenaga dan hati pun tenang je kalau tengok lantai bersih.

Roborock Q Revo: Platform Dok Pelbagai Fungsi 

Bayangkan bangun pagi, lantai rumah korang bersih tanpa perlu keluarkan peluh. Mesti bestkan? 

Itu yang akan terjadi bila korang menggunakan Roborock Q Revo ni. Semua benda ia mampu lakukan dengan sendiri tanpa bantuan sampai dapat gelaran hands-free cleaning. 

Apa yang best dengan Roborock Q Revo ni, ia dilengkapi dengan fitur multifunctional dock yang membantu dalam pelbagai hal antaranya  mengecas 30% lebih pantas pada waktu malam (luar waktu puncak). Jadi ia tidak mengganggu ‘kerja’ Roborock Q Revo pada waktu siang. 

Roborock, vacuum, mop, bersih, rumah

Bukan setakat menyedut kotoran, Roborock Q Revo ini juga mampu mengemop lantai juga tau. Bila dah mop mesti kena cuci kan? Tak perlu risau, Roborock Q Revo ada fungsi pembersihan sendiri, di mana lepas selesai je mop ia kan kembali semula ke platform untuk mencuci mop yang digunakan.

Roborock, vacuum, mop, bersih, rumah

Bila dah selesai cuci pula, fitur multifunctional dock ni akan terus ke mod pengeringan pada suhu 45 darjah celsius, bagi memastikan bakteria dan kuman terhapus serta Roborock Q Revo dapat digunakan dalam keadaan yang bersih. 

Macam ni barulah lebih yakin!

Roborock, vacuum, mop, bersih, rumah

Mana datang air nak mop lantai dan cuci Roborock Q Revo ni? 

Kalau korang nak tau Roborock Q Revo ni ada tangki air yang dapat menampung sehingga 5 liter air. Air inilah yang digunakan untuk mengemop dan mencuci.  Dengan isipadu air yang besar ia mampu mengemop lantai seluas 400 meter persegi. Wow, luasnya! 

Fitur multifunctional dock turut memudahkan semasa proses pembersihan Roborock Q Revo. Korang tidak perlu untuk membuang sampah yang terlekat pada vakum robotik ini kerana ia mampu membersihkannya sendiri dan meletakkan pada bahagian kotoran yang boleh memuatkan habuk serta sampah kecil sehingga 2.7 liter.  

Kebersihan Rumah, Semua Hanya Dihujung Jari

Roborock, vacuum, mop, bersih, rumah

Korang tahu tak yang Roborock Q Revo ini, adalah peranti yang pintar. Nak tahu kenapa? Sebab ia akan bertindak mengikut arahan yang diberikan. 

Apa yang korang perlu buat cuma muat turun aplikasi Roborock dan setkan peranti korang mengikut kemahuan sendiri. 

Di dalam aplikasi ini. korang boleh setkan dimana kawasan perlu dibersihkan, kawasan yang tidak perlu serta waktu bekerja peranti ini. Pergh, dahsyat betul! 

Bukan itu sahaja, apabila korang berada di rumah, Roborock dapat diaktifkan hanya dengan menggunakan suara sahaja. Style kan? 

Roborock Q Revo, Next Levellah! 

Korang tahu tak kenapa kami gelarkan Roborock Q Revo ini next level  peranti robotik penjagaan kebersihan rumah? 

Roborock, vacuum, mop, bersih, rumah
  1.  Ciri Mop Dwi Pertama Roborock 

Roborock Q Revo ini hadir dengan ciri mop dwi pada bawah peranti. Ia memberi penekanan pada permukaan lantai supaya membersih dengan sempurna tanpa meninggalkan sebarang kotoran pada kelajuan putaran 200 RPM. 

Selain itu, peranti ini turut bertindak secara automatik mengangkat mop apabila berada di atas permukaan selain lantai seperti permaidani. Ia mampu mengangkat sehingga 7mm. Confirm, korang punya karpet tak basah! 

  1. Pangkalan Dok Dapat Dibersihkan Dengan Mudah

Mesti korang rasa leceh untuk membersihkan pangkalan dok Roborock Q Revo ni kan? Sebab ia bukan sahaja vakum malah turut mengemop lantai rumah. 

Tak usah risau, sebab peranti ini dilengkapi dengan sistem automatik mengangkat  mop apabila ia mengesan karpet. Jadi pangkalan dok serta karpet korang tidak akan basah dan kotor. 

Pangkalan dok ini dapat ditanggalkan dengan mudah tanpa menggunakan sebarang peralatan. Korang dapat membersihkannya dengan teliti. Hebat kan? 

Roborock, vacuum, mop, bersih, rumah
  1. Teknologi Pengesanan Yang Dapat Mengelak Halangan

Peranti Roborock Q Revo ini disokong dengan sistem PreciSense LiDar Navigation yang membantu dalam memberi gambaran persekitaran rumah. Dengan 6x kepantasan scan mapping serta gambaran 3D visual dan multi-level mapping sistem, memastikan ketelitian sempurna kebersihan rumah dijaga. 

Roborock, vacuum, mop, bersih, rumah

Peranti ini turut membantu dalam memastikan kawasan dapat dibersihkan tanpa ada halangan dari mana-mana barang atau benda yang menghalang. Seterusnya, memastikan kawasan yang dipilih sahaja dibersihkan tanpa memasuki kawasan No-Go-Zones. 

Roborock, vacuum, mop, bersih, rumah

Jadi tunggu apa lagi, dapatkan sekarang Roborock Q Revo secara fizikal ataupun online di Shopee dan Lazada pada harga RM3799 je. 

Chopp! Korang tahu tak yang Roborock ada bagi diskaun sempena sales 8.8 di Shopee dan Lazada? Korang boleh beli Roborock Q Revo pada harga RM3499 je. Lepas tu, tambah RM499 korang akan dapat Roborock H7 yang bernilai RM3399. Pergh, jimat teruklah! 

Jadi jangan lepaskan peluang korang, nikmati tawaran yang menarik dari Roborock. Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi dan info berkaitan peranti Roborock, layari laman sosial rasmi Roborock di Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas