Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Perasan Lirik Lagu Tu” – Uyaina Mohon Maaf Guna Lagu Lirik Lucah

Oh! Artis

“Saya Tak Perasan Lirik Lagu Tu” – Uyaina Mohon Maaf Guna Lagu Lirik Lucah

Tidak disangkal lagi, penggunaan muzik seakan-akan menjadi sebahagian daripada kehidupan zaman sekarang dan muzik juga banyak digunakan sebagai latar bunyi untuk sesebuah video. Tetapi, hari semakin hari, dunia seakan-akan menyalahgunakan unsur muzik dengan menyelitkan perkara yang tidak senonoh dan tanpa pengetahuan ramai orang yang mendengarnya.

ADVERTISEMENT

Perkara itu juga turut terjadi kepada seorang pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang telah memohon maaf secara terbuka di laman Intagramnya selepas memuat naik video yang menggunakan lagu yang mengandungi lirik lucah.

Memetik laporan Harian Metro, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 28, mengakui terlepas pandang terhadap unsur lirik lagu tersebut iaitu lagu nyanyian Busta Rhymes berjudul Touch it.

Tangkap layar berkenaan hantaran yang dimuat naik Uyaina di laman Instagramnya yang memohon maaf serta menasihati ibubapa agar mengawasi anak-anak daam penggunakan sesebuah lagu di media sosial.

Uyaina mengakui kesilapannya kerana tidak meneliti terlebih dahulu unsur lirik dalam bahasa inggeris itu sewaktunya menggunakannya sebagai muzik latar dalam sebuah video sebelum ini dan mujur terdapat rakan yang menegur berkaitan perkara itu.

Saya tidak sengaja menggunakan lagu itu untuk video saya di Instagram. Saya tak perasan lirik lagu itu. Apa-apa pun, saya minta maaf.

Saya gunakan lagu itu sebagai muzik latar video berkenaan tanpa memahami lirik. Pertama kali dengar, betul-betul ingat ia bukan dalam bahasa Inggeris kerana sebutannya agak aneh.

Sebelum ini, pelakon drama Love Elsa itu telah memuat naik mengenai kesilapan terbabit berserta lirik lagu berkenaan di laman Instagramya untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai.

Uyaina juga turut berterima kasih dengan rakan medianya ang memberikan teguran berkenaan lirik lagu tersebut secara peribadi di Instagramnya selain turut menasihati agar semua orang dapat belajar daripada kesilapan dirinya.

Kredit: Harian Metro, Uyainaarshad

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas