Connect with us

Oh! Media

“Upgrade Pun Agak-Agak Der” – Simen Tapak Niaga Di Kawasan Awam, Lelaki Ini Undang Kecaman Netizen

Trending

“Upgrade Pun Agak-Agak Der” – Simen Tapak Niaga Di Kawasan Awam, Lelaki Ini Undang Kecaman Netizen

Seorang lelaki mengundang respon kurang senang netizen apabila memuat naik luahan perasaan mendakwa ada yang bersikap dengki dan busuk hati dengannya.

ADVERTISEMENT

BACA: Pereka Fesyen Terkenal Dikecam Bagi Alasan ‘Lebih Kurang’ Isu Guna Model Orang Putih Untuk Baju Raya

Menerusi hantaran di TikTok itu, dia dipercayai membuat kerja-kerja penambahbaikan di tapak niaga dengan meletakkan simen.

Viral di TikTok

Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah meraih 1.3M tontonan, 49.4K tanda suka, 3.8K komen. Rata-rata mempersoalkan tindakannya menyimen tanah yang dikatakan bukan miliknya.

tapak

Kadang-kadang aku tak faham kenapa manusia ni ada hati yang busuk. Tak boleh tengok orang upgrade sikit. Laju je buat complain. Aku just nak berniaga! Tak kacau orang pun! Kenapa nak dengki?

Menurut netizen, lelaki ini tidak boleh mengubahsuai kawasan awam sesuka hati tanpa keizinan pihak berkuasa tempatan dengan alasan untuk berniaga.

komen

Terbaru, lelaki ini menjelaskan dia sudah mempunyai permit dan lesen untuk berniaga di tempat itu. Tetapi dia dikenakan syarat jika hendak berniaga di situ iaitu jangan sampai penduduk di kawasan itu ‘complaint’.

Tempat aku ni ada dua kawasan JMB yang jaga. Satu JMB belah sana, satu JMB belah sini so aku dekat tengah-tengah. JMB belah sana semua okay, JMB belah sini yang ada masalah dengan aku tu. Daripada awal mula-mula aku berniaga dulu lagi memang dah ada masalah, sorang dia je. Yang lain semua okay.

Menurut lelaki ini, orang ramai tidak memahami apa yang ingin disampaikannya kerana rata-rata memberi tumpuan kepada simen di tapak niaga tersebut.

Video penjelasan mengenai simen:

@saffeerahim90 Reply to @bromiji75 dah korang nak jgk tekankan pasal simen tu..suka ati korang la! Ckp jela! NO OFFENSE ok #fyp #fypシ ♬ original sound – Saffee Rahim

Kredit: TikTok Saffee Rahim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas