Connect with us

Oh! Media

“From Zero To Hero”, 7 TikTok Creators Satukan Rakyat Malaysia Dengan Kandungan Bermanfaat & Menghiburkan

Branded

“From Zero To Hero”, 7 TikTok Creators Satukan Rakyat Malaysia Dengan Kandungan Bermanfaat & Menghiburkan

Bercakap tentang TikTok, ramai yang beranggapan yang aplikasi ni lebih kepada kandungan hiburan yang berkongsikan video lipsync dan lucu.

Tapi sebenarnya korang SILAP!!! 

Selepas ada akaun TikTok sendiri dan mengikuti beberapa TikTok Creators, Oh! Media mendapati kini makin ramai creators yang berkongsi kandungan yang memberikan inspirasi. Paling best, maklumat yang agak ‘berat’ turut disampaikan dalam bentuk yang lebih ringan dan menghiburkan. 

Jadi kali ni, kami nak kongsikan 7 TikTok Creators daripada pelbagai bangsa di Malaysia yang berkongsikan kandungan yang super mantap sehinggakan video mereka ni banyak dikongsi di platform lain. Kalau tak follow lagi, korang wajib follow sekarang!

1. Doktor Fakta Bukan Auta (@dr.samhan)

https://www.tiktok.com/@tiktok_malaysia/video/7046630576446622977

Ingat lagi tak masa vaksin mula-mula diperkenalkan? Waktu ni ada banyak mitos dan berita palsu yang geng-geng antivaks sebarkan. Bagi melawan semua auta tu, Dr. Samhan telah berkongsi maklumat tepat yang bersandarkan kajian daripada pakar perubatan dan bukan hanya ilmu Google sahaja.

Langkahnya membuka akaun TikTok telah berjaya menggalakkan lebih ramai orang mendapatkan vaksin dan sehingga kin Dr. Samhan masih aktif berkongsi maklumat tentang ilmu perubatan dan rata-rata videonya mendapat tontonan yang tinggi.

2. Pencetus Inspirasi (@anissajailani_)

@tiktok_malaysia

TikTok Creator – anissajailani_Share your passion with #FindYourPurpose on TikTok today.

♬ original sound – TikTok Malaysia – TikTok Malaysia

Mampu berkomunikasi dan memahami bahasa isyarat merupakan satu kelebihan namun tak semua mengambil peluang untuk mempelajarinya. 

Bagi seorang gadis kelainan upaya Anissa, dia melihat platform TikTok sebagai medium untuk berinteraksi dengan masyarakat Malaysia dan memberikan kesedaran tentang penggunaan bahasa isyarat.

Sebagai individu yang pekak, Anissa sering membuat ‘LIVE’ di akaun TikTok-nya dan berinteraksi dengan followersnya yang berminat untuk mempelajari bahasa isyarat. Selain itu, dia turut mencipta kandungan unik yang mengajar bahasa isyarat mudah yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

3. Pakar Masakan Malaysia (@mathanedward)

https://www.tiktok.com/@tiktok_malaysia/video/7046973283698363650

Tak perlu diperkenalkan lagi, rasanya ramai dah mengenali Mathan Edward ni, kerana video masakan yang dikongsikannya di TikTok, sering mendapat perkongsian silang platform yang tinggi.

Mathan pada mulanya membuka akaun TikTok untuk berkongsi pelbagai jenis resepi seperti masakan Melayu, Cina dan India. Menariknya, video Mathan sering mendapat engagement yang tinggi kerana sikapnya yang ramah apabila berinteraksi bersama followersnya yang bertanyakan soalan atau meminta cara masakan dan resepi.

Boleh kata, Mathan ni ada pengikut daripada pelbagai bangsa di Malaysia kerana tidak lokek ilmu masakan dan resepi masakan yang dikongsi juga enak.

4. Pakar Sajian Vegan (@eatwkriss)

https://www.tiktok.com/@tiktok_malaysia/video/7046599577436179713

Kalau tadi masakan Malaysia, buat korang yang eat clean atau mengamalkan gaya hidup sihat. Korang boleh mengikuti akaun Kristin.

Walaupun baru berumur 17 tahun, Kristin ni berbakat dalam bidang masakan vegan dia. Melalui akaun TikTok-nya yang dibuka pada Oktober tahun lalu, dia telah berkongsi pelbagai resepi masakan.

Cara perkongsian yang santai membuatkan dan resepi yang mudah disediakan menjadikan dia salah seorang TikTok Creator yang berpotensi besar di masa hadapan.

5. Penghibur Sensasi (@itsafiqhakim)

@tiktok_malaysia

Tiktok Creator – itsafiqhakim Share your passion with #FindYourPurpose on TikTok today.

♬ original sound – TikTok Malaysia – TikTok Malaysia

Afiq bukanlah nama yang asing dalam kalangan TikTok Creator. Dia dikenali sebagai ‘The Rock’ versi Malaysia selepas video My Mom Met My Dad (lip-sync audio dari STEEERLING) yang dikongsikan di TikTok-nya menjadi viral.

Apa yang menghiburkan ialah, Afiq menggambarkan Shaheizy Sam dan Dwayne Johnson sebagai selebriti yang kelihatan seperti ibu bapanya. Memang pecah perut kalau tengok!

Bagi Afiq dia gemar memasukkan unsur ‘komedi’ di dalam kandungan yang dikongsikan bagi menceriakan followersnya. Dia juga sebenarnya telah aktif membuat kandungan video (parodi treler filem, parodi komersial) sejak berusia 15 tahun lagi. Jadi tidak hairanlah kandungannya mendapat engagement yang tinggi daripada pengguna TikTok.

6. Artis Global Pertama TikTok (@thisisfatia)

https://www.tiktok.com/@tiktok_malaysia/video/7046971543498312962

Fatia, seorang TikTok Creators kebanggaan Malaysia. Dia merupakan artis pertama di bawah naungan TikTok global. Pelajar bidang undang-undang ini pada mulanya gemar mencipta video ‘duet’ yang menarik. Bakat nyanyiannya yang unik dan dinamik telah mendapat perhatian ramai selain kelebihannya bermain gitar dan piano.

Malah baru-baru ini juga Fatia telah melancarkan single pertamanya yang bertajuk My World Too yang telah mula berkumandang di corong radio. Terbaiklah!

7. Penari Bergaya Rancak (@alexhkf)

@tiktok_malaysia

TikTok Creator – AlexShare your passion with #FindYourPurpose on TikTok today.

♬ original sound – TikTok Malaysia – TikTok Malaysia

Siapa sangka dengan melihat video TikTok mampu memberikan inspirasi. Itulah yang berlaku pada Alex seorang guru tarian, bagi membuatkan dirinya sibuk dan terganggu, Alex telah mula membuat kandungan TikTok dengan memberikan dirinya ‘task’ untuk dilakukan dalam masa 100 hari.

Kandungannya yang bermula dengan video tarian mula beralih kepada lebih banyak perkongsian yang menarik dan tentang kehidupan sehariannya. Sehingga hari ini sahaja, dia telah berjaya mengumpul 1.6 juta dalam masa kurang setahun. Hebat!

Ekspresikan Dirimu, Mulakannya Dengan TikTok

Haaa.. Nampak tak, kandungan TikTok ni sebenarnya banyak je yang bermanfaat, korang sebagai pengguna kenalah pandai explore kandungan yang dikongsikan.

Jadikan TikTok Creators ni sebagai ikon terbaik untuk korang mula mengekspresikan diri dan menjadi motivasi untuk pengguna lain. Mungkin di TikTok korang dapat temui diri korang yang sebenar. Mulalah untuk Ekspresikan Dirimu dengan menari, menyanyi, memberi inspirasi, berkongsi tips menarik, ilmu alam atau apa saja yang korang nak kongsikan, kerana di TikTok korng tiada batas untuk menyerlahkan kreativiti!

Jangan malu, jangan segan. #FindYourPurpose. Mungkin koranglah TikTok Creators yang bakal menyinar nanti!

@tiktok_malaysia

Time to #FindYourPurpose Watch how these creators did it. Share your passion with #FindYourPurpose on TikTok today

♬ original sound – TikTok Malaysia – TikTok Malaysia

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas