Connect with us

Oh! Media

“Tahu Anak Saya Buas Tapi Bukan Begini Cara” – Pelajar Alami Pendarahan Mata Didakwa Dirotan Guru

kena rotan

Trending

“Tahu Anak Saya Buas Tapi Bukan Begini Cara” – Pelajar Alami Pendarahan Mata Didakwa Dirotan Guru

Bapa kepada seorang pelajar lelaki meluahkan rasa kecewa apabila anaknya mengalami pendarahan pada mata kanan didakwa akibat dirotan guru.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Malaysia Gazette, Mazni Mohamad akan membuat laporan polis dan berjumpa dengan pihak sekolah untuk maklumat lanjut.

dirotan
Foto: Malaysia Gazette

Menurut Mazni, anaknya yang merupakan pelajar tingkatan lima ditangkap ketika menghisap rokok elektronik dalam kelas ketika guru sedang mengajar subjek Sains.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari di sebuah sekolah menengah di Sungai Ara Bayan Baru Pulau Pinang.

dirotan guru

Saya tahu anak saya buas (nakal) tapi bukan begini cara untuk memberi pengajaran dan nasib baik dia tak buta.

Anaknya kemudian dibawa kepada seorang ustaz yang dikatakan pembantu guru disiplin. Selepas soal siasat, guru disiplin mendakwa anaknya menipu dan bertindak merotannya.

Rotan tersebut terkena pada bahagian mata kanan sekali gus menyebabkan dia mengalami pendarahan.

Dakwanya, selepas dirotan anaknya mengadu sakit dan mendapati tangannya ada kesan darah. Pelajar itu kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Anaknya dikatakan perlu dirujuk ke Hospital Pulau Pinang kerana tiada pakar mata di Hospital Balik Pulau.

BACA: Hanya Kerana Tidak Siap ‘Homework’, Pelajar Tahun Lima Dirotan Oleh Guru Besar

Kredit: Malaysia Gazette

+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas