Connect with us

Oh! Media

Rasa Dari Masa Depan, Coca-Cola Creation Cipta Minuman Dengan Kerjasama AI Pertama Di Pasaran

Oh! Lifestyle

Rasa Dari Masa Depan, Coca-Cola Creation Cipta Minuman Dengan Kerjasama AI Pertama Di Pasaran

Kehadiran Kecerdasan Buatan (AI) mula diterima dalam pelbagai bidang industri tidak terhad kepada bidang perkomputeran semata-mata. Kini AI mula diterima dalam industri pendidikan, perniagaan, teknologi dan sebagainya.

ADVERTISEMENT

Selangkah ke hadapan, Coca-Cola telah bereksperimentasi dengan AI melalui Cola-Cola Creation menghasilkan air dengan rasa futuristik pertama di dunia,Y3000.

Ohmedia baru-baru ni telah diterbangkan ke Sydney, Australia bagi menyaksikan sendiri pelancaran Coca-Cola Creation Zero Sugar Y3000 dan kami turut diberi peluang menemurah Teejae Sonza, Pengarah Pemasaran Kumpulan Coca-Cola untuk bertanya lebih lanjut mengenai ciptaan ini.

Oh! Media: Bagaimana idea untuk berkolaborasi bersama Kecerdasan Buatan (AI) ini tercetus?

Teejae Sonza:

“Kami mula melihat trend di media sosial dan berminat untuk mengetahui apa yang individu bayangkan pada masa hadapan dari segi aspirasi, motivasi, pilihan rasa dan warna. Oleh itu, apa yang kami lakukan ialah memanfaatkan kecerdasan buatan dan memasukkannya ke dalam ciptaan terbaru kami.

“Ini yang membantu kami memahami kombinasi perisa yang mungkin muncul dan membayangkan rasa masa depan. Ia benar-benar membayangkan masa depan yang diwakili oleh tahun 3000. Kerana itu ia dijenamakan sebagai Y3000.”

Oh! Media: Apakah yang menjadikan Coca-Cola Creation Y3000 ini istimewa?

Teejae Sonza:

“Kami mahu memberi inspirasi dan membayangkan bagaimana masa depan dan bagaimana rasanya. Kami juga mahu pengguna merasai pengalaman itu dari peringkat produk dan tahap pengalaman jenama.

“Jadi, saya fikir ini adalah sebahagian daripada apa yang menjadikan ia berbeza daripada semua ciptaan yang telah kami lakukan pada masa lalu.”

Teejae dengan bersemangat turut berkongsi mengenai rahsia di sebalik bungkusan Y3000 di mana ia dijana menggunakan AI Generator. Hasilnya ciptaan futuristik berjaya dirungkai dengan terjemahan warna krom yang optimistik.

Ia menampilkan logo berpiksel dengan buih effervescent, skrip Coca-Cola Spencerian dengan gugusan air yang bergabung untuk mewakili hubungan manusia planet kita di masa hadapan.

Oh! Media: Melihat kepada keunikkan yang dilaksanakan, apakah inspirasi Coca-Cola Creation pada masa hadapan? Apa produk yang boleh pengguna nantikan?

Teejae Sonza:

“Kami tentu saja mempunyai produk terbaru, tapi kami akan rahsiakan. Jadi peminat Coca-Cola harus menantikannya.”

Bercakap tentang inspirasi Coca-Cola Creation di masa hadapan, Teejae mengatakan mereka akan terus melihat kepada trend, fesyen dan minat orang muda kerana mereka umpama pembimbing projek Coca-Cola di masa hadapan.

“Walaupun terdapat cabaran, kami akan sentiasa mencuba dan mempelajari cara baharu untuk menyampaikan pengalaman terbaik yang boleh disediakan oleh teknologi semasa dalam persekitaran yang sangat selamat untuk semua orang yang terlibat.”

Imaginasi Masa Depan Dengan Ciptaan Y3000 Dari Coca-Cola Creation

Pasti ada yang tertanya-tanya apa agaknya rasa Coca-Cola Y3000 ni? Ciptaan ini memberikan pengguna rasa seakan buah beri dengan hint utama rasa Coca-Cola Zero Sugar. Tapi ada yang mengatakan rasanya seperti gula-gula. Terpulang kepada cita rasa anda untuk menilainya.

Buat pecinta Cola-Cola, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri Coca-Cola Zero Sugar Y3000 ini. Paling penting, jangan lepaskan peluang untuk mengimaginasikan tahun 3000 anda dengan mengimbas kod QR pada tin dan botol Coca-Cola Zero Sugar Y3000.

Untuk maklumat lanjut tentang Coca-Cola Creations, lawati www.coca-cola.com/creations.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas