Connect with us

Oh! Media

Fara Mendoza Akhirnya Bersuara Selepas Nama Dipetik Terlibat Dalam Siasatan Bank Negara Jenayah Cuci Duit Haram

fara mendoza

Oh! Artis

Fara Mendoza Akhirnya Bersuara Selepas Nama Dipetik Terlibat Dalam Siasatan Bank Negara Jenayah Cuci Duit Haram

Dapat banyak tawaran berlakon, kerap tunjuk kemewahan dan jadi duta untuk jenama besar, hanya itulah ciri-ciri yang diberikan kepada kita tentang pelakon wanita popular didakwa terlibat dalam jenayah cuci duit haram. Disebabkan itu juga, banyak juga nama pelakon wanita telah dipetik netizen, termasuklah Fara Mendoza.

ADVERTISEMENT

BACA: Pelakon Wanita Terkenal Dalam Siasatan Bank Negara, Disyaki Terlibat Jenayah Cuci Duit Haram

Fara bagaimanapun terkejut apabila namanya dipetik netizen dan meluahkan rasa tidak puas hati di Instagram Story. Dia mengakui tiada kena mengena langsung dengan kes ini dan hanya tahu tentang kontroversi tersebut apabila ada yang memberitahunya.

Sumpah aku tak faham netizen ni, apahal nama aku dipetik dalam pengubahan duit haram?

Bukan itu sahaja, dia juga telah mengatakan dirinya sendiri tidak lah hidup semewah yang disangka. Disebabkan itu, Fara terkejut apabila tiba-tiba dikaitkan dengan ‘artis’ yang bermasalah itu.

Tambahnya lagi, personaliti media sosial sensasi ini juga tidak tahu cara dan apa sebenarnya pengubahan duit haram tersebut.

“Eeee, rasa nak tempak sekor-sekor sampai tuttt je netizeb tuttt ni…” – Fara Mendoza.

Terdahulu, tular isu dimana seorang artis Malaysia telah diburu Bank Negara kerana terlibat dengan jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA). Tambahan pula, selebriti itu dikatakan sering menunjukkan gaya hidup mewah di akaun sosial medianya.

Kredit: Portal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas