Connect with us

Oh! Media

NASA Umum Suhu Musim Panas 2023 Adalah Tertinggi Dalam Sejarah

panas

Oh! Tidak

NASA Umum Suhu Musim Panas 2023 Adalah Tertinggi Dalam Sejarah

Seperti yang kita ketahui, perubahan iklim sedang berlaku dengan dapat dilihat banjir besar di Libya dan California dibantai taufan yang selama ini tidak pernah berlaku.

ADVERTISEMENT

Minggu ini, NASA mengeluarkan laporan mengesahkan suhu musim panas 2023 di hemisfera utara adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam rekod sejak ia mula dikumpul pada tahun 1880.

panas

Menurut penyelidik dari Goddard Institute of Space Studies (GISS) mendapati suhu pada bulan Jun, Julai dan Ogos 2023 adalah 0.23°C lebih panas berbanding rekod NASA.

Malah, ia juga 1.2°C lebih panas berbanding purata suhu musim panas antara 1951 hingga 1980.

Dalam pada itu, suhu di hemisfera utara kini akan kembali turun kerana kedatangan musim luruh sebaliknya peningkatan suhu ini akan mendatangkan impak terhadap flora dan fauna di bumi.

Sebelum ini, pemanasan global hanya terhenti seketika pada tahun 2020 kerana pengurangan aktiviti manusia disebabkan oleh pandemik.

Impak perubahan iklim telahpun menyebabkan 56% permukaan laut dunia berubah dari biru menjadi hijau dan semakin banyak habitat haiwan musnah menjurus kepada kepupusan.

BACA: Tak Tahan Cuaca Panas? Ini 4 Jenis Hidangan Penyejuk Badan Yang Korang Boleh Cuba

Sebelum ini kami ada kongsikan beberapa jenis hidangan bagi menyejukkan tubuh badan ketika berada di dalam cuaca yang panas ini.

Kredit: NASA

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Apa yang membuatkan korang gembira hari ni? Komen di bawah

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

  • panas
  • panas

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas