Connect with us

Oh! Media

Banyak Kereta Berundur, Lorong RFID Jadi Punca Aliran Trafik Sesak?

rfid

Oh! Gear

Banyak Kereta Berundur, Lorong RFID Jadi Punca Aliran Trafik Sesak?

Bermula 15 Januari 2022, pihak PLUS sudah mula membuka lorong RFID sebagai percubaan. Bagaimanapun, ada dakwaan mengatakan masih berlaku masalah sama apabila RFID tidak dapat mengesan kenderaan yang lalu di lorong plaza tol.

ADVERTISEMENT

Kejadian ini berlaku di plaza tol Bandar Seri Putra, Bangi dan Selangor sehingga berlaku kesesakan yang teruk seawal jam 7 pagi tadi. Ketika itu pengguna lebuh raya memang ramai kerana hendak ke tempat kerja.

Memetik laporan Kosmo Online, aliran trafik yang sesak itu menyebabkan pengguna jalan raya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk melepas tol berkenaan.

Pengguna dakwa ada kenderaan berundur dari lorong RFID

Situasi sama turut berlaku di Tol Sungai Besi selepas berlaku kesesakan sehingga 10 kilometer panjangnya menghala ke Kuala Lumpur.

Pengguna jalan raya meluahkan rasa tidak puas hati mereka apabila pembukaan lorong RFID dilihat menjadi punca utama kesesakan. Keadaan ini bertambah buruk apabila ada pula kenderaan yang terpaksa undurkan kereta mereka kerana sistem RFID gagal mengesan pelekat yang ditampal pada kenderaan.

Kena juga pagi tadi, saya punya RFID masuk tol lepas tetapi untuk keluar tol tidak lepas. – Netizen.

Tadi pun jem kat Tol Senawang. Satu-satunya lorong Smart TAG yang ada ditukar kepada RFID. Mungkin ia memudahkan orang lain tetapi bagi yang memasang sistem SmartTAG ‘built in’ dalam kereta, sangat menyusahkan ya. – Netizen.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas