Connect with us

Oh! Media

Ayda Jebat Tak Pasti Keadaan Fyna, ‘Hilangkan Diri’ Lepas Cerai

fyna jebat cerai

Oh! Artis

Ayda Jebat Tak Pasti Keadaan Fyna, ‘Hilangkan Diri’ Lepas Cerai

Penyanyi Ayda Jebat tak pasti keadaan adiknya Fyna selepas bercerai dengan bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan pada Mei lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Tiada Persefahaman Dengan Madu, Fyna Jebat Sah Cerai Lepas 5 Bulan Kahwin

Jelas Ayda, dia sendiri sudah lost contact dengan Fyna dan kali terakhir mendapat khabar mengenai adiknya itu lebih kurang dua ke tiga bulan lalu.

Katanya ketika itu, Fyna ada cuba hubunginya tetapi dia tak sempat jawab. Dia minta Fyna hubungi semula tetapi Fyna terus senyap.

Fyna Jebat hilangkan diri

fyna jebat

Sebagai seorang kakak, dia enggan mencampuri urusan peribadi adik dan yakin Fyna dapat menempuhi fasa penceraian dengan baik.

Dia menghilangkan diri, mungkin nak tempoh bertenang. Tapi dia memang macam tu, kami tak terkejut bila dia tak jawab call atau balas Whatsapp.

Penyanyi lagu Pencuri Hati ini juga tak menolak emosi adiknya terganggu kerana tak biasa dengan perhatian netizen termasuk media sebelum ini.

Rasanya Fyna juga mungkin sedang cuba lari atau terima hakikat. Saya tahu tahap dia kritikal atau tak. Kalau kritikal dia akan cari saya. Kalau dia diam, InsyaAllah dia okay je.

Ditanya jika keluarganya turut terkesan dengan isu ini, Ayda mengakui hal itu tetapi itu adalah jalan yang dipilih Fyna.

ayda jebat

Tambahnya, Fyna sedar dia berkahwin dengan orang popular dan lejen dalam industri bola sepak tanah air. Jadi dia harus tahu bagaimana nak handle situasi termasuklah fasa penceraian ini.

Kredit: TikTok F8Buzz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media


@ohmedia Menurut pandangan Islam, perkara yang berkaitan dengan hal rumah tangga tidak boleh dihebahkan apatah lagi kalau korang nak cerita dekat media sosial ni.. #rumahtangga#masalah#sosialmedia#news#borakborak#mugtalk#ohmedia ♬ original sound – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas