Connect with us

Oh! Media

Berpuasa Sunat Tanda Solidariti Pada Isu Palestine? Ini Penjelasan Dari Dr Zulkifli

berpuasa

Oh! Islam

Berpuasa Sunat Tanda Solidariti Pada Isu Palestine? Ini Penjelasan Dari Dr Zulkifli

Seperti yang kita ketahui, baru-baru ini satu kempen antarabangsa telah diadakan dalam mengajak orang ramai berpuasa sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin yang sedang dizalimi tentera rejim Zionis Israel.

ADVERTISEMENT

Kempen ini dinamakan Hari Puasa Sedunia telah disebarkan di media sosial dan diadakan pada Khamis, 19 Oktober 2023.

Tetapi adakah ia dibolehkan berpuasa sunat untuk menunjukkan solidariti bersama rakyat Palestin atau ia adalah bid’ah?

Bagi menjawab persoalan ini kami kongsikan penjelasan daripada bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Penduduk di Gaza sudah pun terputus bekalan makanan, air dan elektrik manakala bantuan kemanusiaan antarabangsa pula disekat Israel.

Bersikap prihatin dan cakna terhadap saudara seislam di Palestine adalah amat terpuji. Daripada Huzaifah bin al-Yaman R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْرِ الْمُسْلِمِينَ فَلَيْسَ مِنْهُمْ

Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang Islam maka dia bukanlah daripada kalangan mereka.”

Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Ausat (7/270) dan al-Hakim dalam al-Mustadrak (8115). Al-Iraqi dalam takhrij al-Ihya’ (2/261) menyatakan isnadnya dha’if. Begitu juga yang dinyatakan dalam Dha’if al-Targhib (1099)

Malah, isu ini telah menjadi keutamaan bagi umat Islam kerana termasuk dalam membantu saudara seislam yang dizalimi dan ditindas oleh rejim zionis sehingga hospital pun mereka bom.

Sejujurnya, memberi bantuan dan pertolongan kepada rakyat Palestin adalah salah satu daripada keutamaan kita pada masa ini. Ini berdasarkan banyak nas antaranya:

Firman Allah SWT:

 وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”

(Surah al-Ma’idah: 2)

Menurut Al-Tabari: Sesungguhnya wahai orang-orang yang beriman, hendaklah tolong-menolong satu sama lain dalam kebajikan.  Kebajikan itu ialah melaksanakan apa yang diperintahkan Allah untuk dilakukan dan ‘taqwa’, pula ialah menjauhi apa yang diperintahkan Allah untuk dijauhi dan meninggalkan perbuatan dosa.

(Lihat Jami’ al-Bayan, 9/490)

Ingatlah sabda Rasulullah SAW:

وَاَللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ

Maksudnya: “Allah menolong seorang hamba selagi hamba itu menolong saudaranya.”

Riwayat Muslim (2699), Abu Dawud (4946), al-Tirmizi (1425), Ibn Majah (225) dan Ahmad (7427)

Daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

المُسْلِمُ أَخُو المُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يُسْلِمُهُ، وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ، وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً، فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ القِيَامَةِ.

Maksudnya: “Seorang muslim adalah saudara muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya dan tidak membiarkannya dizalimi. Barang siapa yang mengusahakan keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada hari Kiamat.”

Riwayat al-Bukhari (2442) dan Muslim (2580)

Bagi persoalan di atas, berpuasa pada hari Isnin dan Khamis adalah disunatkan. Jadi, kebetulan 19 Oktober 2023 jatuh pada hari Khamis dan ia disunatkan berpuasa bagi orang Islam.

Tambahan, membaca sirah dan juga saranan para ulama bahawa salah satu daripada doa untuk kita adukan kepada Tuhan adalah dengan cara kita berpuasa.

Begitu juga, pada puasa itu terdapatnya doa yang dimustajabkan sebagaimana hadith Nabi SAW:

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ يَرْفَعُهَا اللَّهُ فَوْقَ الْغَمَامِ وَيَفْتَحُ لَهَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ وَيَقُولُ الرَّبُّ وَعِزَّتِي لأَنْصُرَنَّكَ وَلَوْ بَعْدَ حِينٍ

Maksudnya: “Tiga doa tidak akan ditolak; doa orang yang berpuasa sehingga berbuka, doa pemerintah yang adil dan doa orang yang terkena zalim. Doanya Allah angkatnya lebih tinggi daripada awan dan dibuka baginya pintu-pintu langit seraya Tuhan berfirman Demi kemuliaanKu, pasti aku bantu walaupun selepas seketika.”

Riwayat al-Tirmizi (2526), Ibn Majah (1752) dan Ahmad (8030). Syeikh Ahmad Syakir menyatakan isnadnya sahih dalam takhrij Musnad Ahmad (15/189)

Oleh itu, ia tidak menjadi satu kesalahan atau disebut sebagai bid’ah untuk berpuasa pada hari khamis sebagai tanda solidariti terhadap isu Palestine.

Ini kerana dengan menghimpunkan banyak nas, jelas menunjukkan galakan supaya berpuasa bahkan ini sebahagian daripada usaha untuk dimakbulkan doa oleh Allah SWT apabila kita munajat kepada-Nya dan berdoa kepada-Nya

Marilah sama-sama kita berdoa untuk saudara kita yang sedang dizalimi dan ditindas di bumi Gaza, Palestin.

اللَّهُمَّ أَنْجِ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya:  “Ya Allah selamatkanlah orang-orang yang lemah dari kalangan orang-orang yang beriman.”

 Riwayat al-Bukhari (6393)

Semoga penjelasan ini bermanfaat buat korang!

BACA: Solat Menghadap Ke Arah Tandas, Sah Ke? Ini Penjelasan Dari Dr Zulkifli

Sebelum ini kami pernah kongsikan, penjelasan bagi kekeliruan dalam sah atau tidak solat yang kiblatnya menghadap ke arah tandas.

Kredit: Maktabah Al-Bakri

+ Baca respon pembaca di Faceboook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Dalam saat yang genting ni korang nak mintak sesuatu tu berpada-pada lah. #palestine#gaza#rakyatmalaysia#viral#ohtidak#ohmedia#hj

♬ Atouna El Toufoule – Embun Senja

  • berpuasa
  • berpuasa

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas