Connect with us

Oh! Media

Anak Darjah 3 Dapat Surat Cinta, Ibu Terkejut Tengok Isi Dalam, Siap Lukis Berdua Atas Katil

Trending

Anak Darjah 3 Dapat Surat Cinta, Ibu Terkejut Tengok Isi Dalam, Siap Lukis Berdua Atas Katil

Hidup dalam dunia mencabar hari ini, anak-anak mudah terdedah kepada perkara yang tidak baik. Lebih-lebih lagi kalau anak ada akses kepada internet dan telefon pintar, memang kena pantau selalu.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Spotcheck’ Handphone Budak Darjah 2, Terkejut Bila Baca Chat Dia..

Seperti perkongsian ini, seorang wanita meluahkan rasa terkejut membaca isi surat cinta yang diterima anak perempuannya yang baru darjah 3 daripada seorang murid lelaki di sekolah.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @ammi.miazill_kaklong, di muka surat ketiga ada lukisan mencurigakan seperti dua orang sedang tidur di atas katil. Manakala satu lagi lukisan di tandas.

Lukisan dua orang atas katil

anak
tiktok
surat cinta

Wanita ini turut mengadukan perkara itu kepada suami dan suami menasihatinya supaya memberitahu guru kelas untuk tindakan sewajarnya.

Jadi aku pun cepat-cepat bagitau guru kelas anak aku dengan harapan cikgu dapat pantau dan nasihat budak tu. Dan yes aku minta cikgu beritahu juga parents budak tu. Sebab kita tak tahu apa yang dia nampak atau tengok di rumah. Mia memang dah dididik setiap masa tentang batas pergaulan ni dari tadika lagi. Dia memang akan report kat mummy dia kalau ada benda-benda pelik camni. Aishhh la budak-budak zaman sekarang ni risau betul. Ye betul Mia cantik macam mummy dia sebab ramai peminat.

Kata wanita ini, ibu bapa murid lelaki itu juga wajar dimaklumkan supaya anak-anak dapat dipantau. Iyalah kalau tengok lukisan tu memang lain macam, lebih baiklah cegah awal-awal ye dok?

surat cinta
surat cinta

Meninjau ke ruangan komen, netizen turut meluahkan kebimbangan mereka melihat lukisan tersebut. Mereka menyeru ibu bapa memeriksa telefon anak masing-masing risau mereka terdedah kepada perkara tidak baik.

Perkongsian asal:

@ammi.miazill_kaklong

Jd aku pun cepat2 bgtau guru kelas anak aku dgn harapan cikgu dpt pantau & nasihat bdk tu. & yes aku minta ckgu beritau jg parents bdk tu. Sbb kita xtau apa yg dia nmpak atau tgk di rumah. Mia mmg da dididik setiap masa ttg batas pergaulan ni dri tadika lagi. Dia mmg akan report kat mummy dia klu ada benda2 pelik camni. Aishhh la bdk2 zmn skrg ni risau btul. Ye btul Mia cantik mcm mummy dia sbb ramai peminat 😅

♬ Oh No – Kreepa

Kredit: TikTok @ammi.miazill_kaklong

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas