Connect with us

Oh! Media

“Bilakah Kesengsaraan Umat Islam Di Palestin Akan Berakhir?” – Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

palestin

Oh! Islam

“Bilakah Kesengsaraan Umat Islam Di Palestin Akan Berakhir?” – Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Ketika ini, kekejaman rejim zionis Israel terhadap Palestin semakin memuncak apabila mereka sanggup mengebom hospital tempat orang awam mendapatkan rawatan dan berlindung.

ADVERTISEMENT

Rejim zionis ini turut menyerang bandar Gaza dengan melancarkan serangan udara ketika umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat.

BACA: Penganjur Himpunan ‘Freedom for Palestine’ Dituntut Mohon Maaf! Peserta Dakwa Dilarang Laung Takbir Dan Dilabel ‘Zionis’

Terbaru, seorang individu bertanyakan pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus bilakah kesengsaraan umat Islam di Palestin akan berakhir.

palestin

Memberi respon, Ustaz Azhar berkata umat Islam di Palestin sangat istimewa kerana mereka paling ramai dijamin syurga oleh Allah SWT.

Tak cukup dengan itu, setiap seorang yang syahid berperang dengan rejim zionis Israel ini dapat membawa ahli keluarganya yang lain seramai 70 orang masuk ke syurga.

Kata ulamak, 70 orang ini yang tak boleh masuk syurga. Kalau keluarga dia yang memang dah masuk syurga, itu tak termasuk. Makna ramainya atas seorang mati syahid keluarganya boleh masuk syurga.

Menurut ustaz, disebabkan itulah apabila orang Palestin mendapat khabar anaknya ‘gugur’ di tangan rejim Israel mereka akan mengadakan jamuan bergembira.

Bukan anak yang mati je syurga, anak beranak dia 70 orang nabi sebut dalam hadis sahih.

Sebab itulah ustaz berpendapat tak tepat jika nak menggambarkan apa yang dilalui rakyat Palestin adalah penderitaan.

ustaz azhar idrus

Sebaliknya kita di Malaysia lebih menderita dengan pelbagai masalah sosial seperti LGBT, ketagihan arak, tak solat dan sebagainya.

Allah beri kemuliaan kepada orang Palestin, mereka dapat merasai nikmat yang paling sedap. Apa nikmat paling sedap dalam dunia ini? Mati syahid.

Dari segi fitrah manusia, ustaz mengakui kita melihat mereka sedang sengsara dan ini tidak akan pernah habis. Tetapi itulah ujian yang Allah SWT beri untuk mengangkat martabat orang Palestin.

Terbit imam Mahdi barulah klimak kekalahan yahudi seluruh dunia. InsyaAllah akan terbit bila-bila masa. Nasihat saya jangan sebut dengan nama tahun, salah pada sisi syarak. Jangan sebut 2024, 2037 jangan. Tak tahu yang ghaib melainkan Allah SWT. InsyaAllah.

Setakat ini, video penjelasan yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok ini telah mendapat habis 1 juta tontonan.

Tonton video penuh:

@aziah2022

♬ bunyi asal – 🇵🇸 Aziah 🇲🇾

Kredit: TikTok @aziah2022

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas