Connect with us

Oh! Media

Ini Perkembangan Terkini Kes Suri Rumah Maut Selepas Besarkan Payudara

suri rumah

Oh! Tidak

Ini Perkembangan Terkini Kes Suri Rumah Maut Selepas Besarkan Payudara

Baru-baru ini, polis sedang menyiasat kes kematian seorang suri rumah berusia 29 tahun yang dipercayai meninggal dunia akibat membuat rawatan kecantikan di sebuah pusat kecantikan.

ADVERTISEMENT

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, suami mangsa telah memaklumkan isterinya membuat rawatan untuk membesarkan payudara di sebuah pusat kecantikan di Skudai.

suri rumah

Laporan dibuat seorang lelaki tempatan menyatakan isterinya meninggal dunia akibat daripada membuat rawatan kecantikan di sebuah pusat kecantikan di Mutiara Rini.

Menurut Rahmat, siasatan lanjut sedang dijalankan dan diminta orang awam tidak membuat sebarang spekulasi.

Selepas rawatan dibuat, mangsa mengalami sakit berterusan dan mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital swasta. Mangsa disahkan meninggal dunia di hospital tersebut pada kira-kira jam 7.08 pagi, 2 Ogos.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kematian seorang ibu kepada dua orang anak maut selepas mengalami komplikasi yang dipercayai berpunca daripada prosedur pembesaran payudara asid hyaluronik.

BACA: Suri Rumah Maut Selepas Besarkan Payudara Yang Dibuat ‘Doktor’ Tak Bertauliah

Dalam pada itu, Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, setakat ini Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) masih belum menerima aduan rasmi berhubung kes berkenaan.

suri rumah

Justeru, meminta ahli keluarga mangsa agar membuat aduan kepada JKNJ agar siasatan dapat dilakukan mengikut Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.

Orang awam perlu memastikan pusat kecantikan mempunyai sijil dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum menerima apa-apa rawatan.

Malah, Tiang Soon juga mengunjungi keluarga mangsa yang meninggalkan dua orang anak berusia sembilan dan 12 tahun serta telah merancang bercuti bersama kawan dan keluarga pada hujung tahun ini.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Naik motor memang best tapi kalau naik kereta boleh letak banyak barang hehehe.. Antara kereta dengan motor korang pilih yang mana? #kereta#motor#pendapat#kemudahan#sembang#ohgear#ohmedia

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas