Connect with us

Oh! Media

Lenovo Legion Go Mula Dipasarkan Pada 1 September Dengan Harga RM3,718

Legion go

Oh! Tech

Lenovo Legion Go Mula Dipasarkan Pada 1 September Dengan Harga RM3,718

Lenovo akan mula melancarkan konsol mudah alih mereka iaitu Legion Go ketika acara IFA Berlin pada 1 September ini.

ADVERTISEMENT

Malah, pesaing kepada ASUS ROG Ally dan Steam Deck yang mula mendapat perhatian peminat permainan PC tetapi ingin dimainkan di mana sahaja.

Spesifikasi Legion Go

Legion Go dilengkapi dengan skrin 8.8″ QHD+ 144Hz dengan nisbah 16:10 dan dijana cip AMD Rzyen Z1 Extreme.

Tambahan, peranti ini juga mempunyai memori 16GB RAM LPDDR5X, storan sehingga 1TB PCIe 4.0 NVMe M.2 dan bateri dua sel 49.2WHr pada tubuh dan 900 mAh pada alat kawalan yang boleh ditanggalkan.

Legion go

Bukan itu sahaja, Legion Go turut menggunakan Windows 11, sokongan WiFi 6E dan mempunyai bicu audio 3.5mm.

Dalam pada itu, terdapat port USB-C, port DP 1.4 dan sepasang speaker 2W pada Legion Go.

Bagi Pemilik Legion Go boleh memadankan konsol ini dengan kaca mata Lenovo Legion Glasses yang memberikan pengalaman seperti menonton pada TV bersaiz besar.

Sementara itu, harga Lenovo Legion Go bermula daripada $799 (~RM3,718) sebuah bermula Oktober ini.

BACA: Lenovo Bakal Lancarkan Legion Gaming Phone Menggunakan Cipset Terbaru Snapdragon 865 Plus

Terdahulu, Lenovo memperkenalkan smartphone gaming terbaru mereka iaitu Lenovo Legion Gaming Phone yang akan dilancarkan pada 22 Julai nanti.

Kredit: Windows Report

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Ada eWallet, kad NFC ni ada dah bayar guna debit/credit kad pulak. Harap tak de masalah lepas ni…

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

  • Legion go
  • Legion go

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas