Connect with us

Oh! Media

Noh Salleh Serahkan Anak Selepas Mizz Nina Datang Dengan Polis Dan Surat Mahkamah

musa anak noh hujan

Oh! Artis

Noh Salleh Serahkan Anak Selepas Mizz Nina Datang Dengan Polis Dan Surat Mahkamah

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh menafikan dakwaan menculik anak angkatnya, Musa daripada Mizz Nina seperti yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

Menurut Noh, Musa diserahkan oleh ibu kandungnya dengan rela hati dan amanah tersebut telah diberikan kepada Noh.

BACA: “Musa Diserahkan Dengan Rela Hati” – Noh Salleh Tampil Nafi Dakwaan Culik Anak Angkat, Mahu Berdamai Dengan Mizz Nina

Terbaru, penyanyi ini memaklumkan bekas isterinya iaitu Mizz Nina telah hadir ke rumahnya lebih kurang jam 8.30 malam untuk mengambil anak.

Mizz Nina dikatakan datang bersama suaminya, pihak polis, beberapa individu lain yang tak dikenali bersama dengan perintah interim (jagaan sementara) daripada mahkamah syariah.

noh salleh
anak angkat noh

Menghormati perintah mahkamah tersebut, Noh dengan terpaksa dan berat hati menyerahkan Musa kembali.

Noh meluahkan rasa hancur hatinya namun tiada sebarang perebutan berlaku semalam. Dia percaya jalan pendamaian adalah penting untuk fizikal dan mental Musa.

Kredit: Instagram Noh Salleh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas