Connect with us

Oh! Media

Ashira Akui Menggigil Dapat Tahu Bad Indigo Meninggal Dunia

Oh! Artis

Ashira Akui Menggigil Dapat Tahu Bad Indigo Meninggal Dunia

Penyanyi yang juga bekas isteri kepada Bad Indigo iaitu Ashira akui dirinya terkejut selepas mendengar berita yang bekas suaminya telah meninggal dunia malam tadi.

ADVERTISEMENT

BACA: Bad Indigo Meninggal Dunia Di Bengkel Kereta 

Menurut laporan Astro Gempak, Ashira mengetahui berita duka ini daripada kenalan media.

Saya sebenarnya tak tahu apa-apa langsung sebab saya dah lost contact lama dah. Macam dia dah ada kehidupan dia kan, tak bermesej apa semua.

Tadi tahu daripada wartawan lain, tak perasan pula kak Liza Hanim post. Saya call Kak Liza, nak tanya sahih ke tak, dia sahkan arwah meninggal sebab serangan jantung lepas Maghrib tadi.

Ashira berkata yang dirinya tak sangka Bad Indigo telah pergi untuk selamanya sebab dalam media sosial dia nampak sihat jer.

Masa dapat tahu terkejut sangat sebab selalu nampak video-video yang dia buat di tempat kerja. Nampak sihat Alhamdulillah. Entahlah, saya masih speechless dan menggigil.

Untuk info, Bad dan Ashira pernah mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021 dan bercerai pada Jun 2022.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas