Connect with us

Oh! Media

Sampai Jer Jakarta Korang Wajib Pergi 5 Tempat Makan Ni! ‘Seafood’ Dekat Indonesia Lagi ‘Best’?

Oh! Travel

Sampai Jer Jakarta Korang Wajib Pergi 5 Tempat Makan Ni! ‘Seafood’ Dekat Indonesia Lagi ‘Best’?

Jakarta merupakan ibu negara bagi Indonesia dan mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi. Korang ada plan bercuti ke sana tak?

ADVERTISEMENT

Bukan setakat tempat jer menarik untuk dilawati, dekat sana pun ada banyak tempat makan yang best dan ini kami nak kongsikan 5 daripadanya yang korang boleh cuba..

D’ Cost Seafood

Restoran ni ada pelbagai makanan laut dengan harga yang sangat murah! Kalau koramg nak tahu, kedai ni punya slogan ialah “Mutu Bintang Lima, Harga Kaki Lima”, dah macam slogan jenama kambing perap dekat Penang tu pula. Eh?!

Takkan asyik makan yang siam punya jer, kita try Indonesia punya pula. Korang kena cuba udang mayonis D’ Cost Seafood ni sebab rasa dia memang superb!

Dapur Sunda

Korang boleh datang ke Dapur Sunda untuk cuba sendiri pelbagai hidangan masyarakat Sunda sebab semuanya sedap-sedap! 

Antara menu yang korang kena cuba adalah ikan goreng yang boleh dimakan dari kepala sehingga ekornya sebab digoreng rangup dan garing gila.

Ada 7 jenis sambal yang tersedia di sana tapi korang wajib cuba sos garam asam mereka yang dibuat dari sos herba, gula perang dan lemon. Serius sedap gila!

Bakmi GM

Bakmi ni merupakan salah satu makanan tradisi masyarakat Indonesia. Pelancong luar yang cuba buat kali pertama pun terus suka lepas makan Bakmi ni tau.

Kalau korang nak tahu, bakmi ini adalah mee yang dihidangkan bersama kuah sup dan wantan goreng.

Dekat Bakmi GM ni ada macam-macam lagi makanan popular seperti bakso, hidangan masakan cina dan lain-lain. Harga pun berpatutan tau.

Le Gourmet

Kali ini bukan makanan berat! Le Gourmet ni merupakan sebuah cafe yang menyediakan pelbagai jenis roti dan kek.

Korang boleh cuba gula-gula tradisional negara itu seperti Lapis Pepe (kek chewy berlapis), Centre Manis (Sweet and savory hunkwe dengan mutiara berwarna-warni) dan Kue Khu (kek beras). Semuanya sedap gila!

Popolamama

Popolamama ni merupakan sebuah restoran berkonsep Itali dan makanan paling popular dekat sana adalah pasta. Mana tahu sampai sana tiba-tiba tekak nak makan makanan Itali. Kah!

Macam biasa, restoran Itali ini juga semestinya ada hidangan piza da korang kena cuba piza karamel pisang dia. Serius sedap gila!

Haa, itulah antara 5 tempat makanan yang korang boleh pergi apabila sampai di Jakarta. Mana satu yang korang nak pergi dulu?

Kredit: Saji

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas