Connect with us

Oh! Media

“Dah Sebulan Bertunang, Baru Kongsi Gambar Hari Ini” – Atikah Suhaime Sah Bertunang Dengan Datuk Lokman Teh

Atikah Suhaime 

Oh! Artis

“Dah Sebulan Bertunang, Baru Kongsi Gambar Hari Ini” – Atikah Suhaime Sah Bertunang Dengan Datuk Lokman Teh

Pelakon Atikah Suhaime tampil berkongsi berita gembira dan menyatakan dirinya telah bertunang dengan pasangannya, Datuk Lokman Teh dan bakal bernikah minggu hadapan.

ADVERTISEMENT

Ujar Atikah, dia sudah pun bertunang pada Disember lepas dan baru berkongsikan berita tersebut dengan orang ramai di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagramnya, terlihat majlis pertunangan yang berlangsung itu hanya kecil-kecilan dan hanya dihadiri oleh rakan-rakan dan keluarga sahaja.

Alhamdulillah saya sudah bertunang Disember tahun lalu, cuma baru kongsi hari ini.

Are you ready? Let’s go! One more week InshaAllah.

Atikah Suhaime 

Difahamkan, pasangan ini bakal bernikah seminggu selepas pertunangan mereka tanpa menunggu lama. 

Malah, aktres yang berusia 32 tahun ini berkata meskipun bakal suaminya itu merupakan warga Singapura, namun mereka telah sepakat untuk membuat majlis pernikahan di Malaysia.

BACA: Atikah Suhaime Sedang Hangat Bercinta Dengan Datuk Lokman

Sebelum ini, pernah tular kisah aktres Atikah Suhaime yang sedang hangat bercinta dengan kekasihnya, Datuk Lokman Teh dan kini sudah sah menjadi tunangannya.

Kredit: Instagram Atikah Suhaime 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas