Connect with us

Oh! Media

Shiela Rusly Masak Lauk Pantang Sedap-Sedap, Ramai Puji Elisya Sandha Bertuah Dapat Mentua Baik

Oh! Artis

Shiela Rusly Masak Lauk Pantang Sedap-Sedap, Ramai Puji Elisya Sandha Bertuah Dapat Mentua Baik

Mempunyai keluarga mentua yang baik merupakan satu rezeki yang perlu disyukuri setiap insan. Mana tidaknya, layanan yang diberikan mentua tidak tumpah seperti anak kandung sendiri.

ADVERTISEMENT

BACA: Manis Berbaju Kurung Kedah, Foto Berinai Elisya Sandha Tarik Perhatian

Seperti yang diluahkan pelakon Elisya Sandha ini, dia bersyukur kerana mempunyai ibu mentua sebaik Sheila Rusly. Sepanjang tempoh berpantang anak pertamanya, dia dijaga sepenuhnya oleh pengarah terkenal itu.

Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon ini memuatnaik beberapa keping foto menunjukkan menu pantang yang dimasak oleh ibu mentuanya itu. Memang sedap betul!

Kata adik kepada Fasha Sandha ini, dalam banyak-banyak rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepadanya, dia tidak menduga akan mendapat ibu mentua penyayang seperti Sheila.

Dalam hantaran itu, dia mengucapkan terima kasih kerana susah payah memasak makanan pantang yang sedap-sedap.

Di ruangan komen, nampaknya ramai yang terliur tengok menu pantang masakan pengarah yang merupakan cef selebriti ini. Bertuah betul Elisya kan!

Kredit: Instagram Elisya Sandha

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas