Connect with us

Oh! Media

Khairul Aming Punya Pasal, Habis Daging Oblong Ramly ‘Sold Out’

Khairul Aming

Trending

Khairul Aming Punya Pasal, Habis Daging Oblong Ramly ‘Sold Out’

Kecoh di media sosial mengenai resepi burger ‘prosperity’ ala-ala restoran makan segera popular yang dikongsikan oleh pempengaruh Khairul Aming.

ADVERTISEMENT

Memandangkan gerakan boikot sedang berlaku terutamanya pada restoran jenama popular itu, jadi orang ramai bolehlah mencuba resipi mudah ini.

Khairul Aming baru-baru ini memuat naik satu video yang memaparkan resepi burger berkenaan dengan menggunakan jenama Ramly sebagai daging oblong.

Menariknya, video berkenaan mendapat sambutan hangat sehingga daging oblong jenama Ramly dikatakan sudah ‘sold out’ di pasar raya.

Khairul Aming

Walaupun, daging Ramly tersebut baru saja di ‘restock’ oleh staf pasar raya tersebut tetapi ia telah habis dalam sekelip mata.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan perkara itu dan menyarankan pempengaruh berkenaan untuk membuka restoran sendiri.

Khairul Aming

Khairul Aming

Khairul Aming

Bahan-bahan

  1. 2 sudu besar butter
  2. 1 ulas bawang Holland
  3. 3 ulas bawang putih
  4. Cendawan
  5. 51 sudu tepung gandum
  6. 1 1/2 cawan air
  7. 2 sudu sos tiram
  8. Sedikit kicap manis
  9. 1 kiub pati lembu
  10. 2 sudu besar lada hitam ditumbuk
  11. 2 ketul daging burger oblong
  12. Roti burger panjang/oblong

Cara sediakan sos lada hitam

  1. Cairkan dua sudu butter.
  2. Masukkan satu biji bawang Holland yang dipotong dadau, tiga ulas bawang putih dan cendawan.
  3. Tumiskan sehingga naik bau dan berwarna keperangan.
  4. Kemudian tambah satu sudu tepung gandum. Kacau sehingga warna tumisan lebih keperangan.
  5. Masukkan satu setengah cawan air.
  6. Tambahkan dua sudu sos tiram dan sedikit kicap manis supaya warnanya sedikit gelap.
  7. Tambah satu kiub pati lembu dan dua sudu lada hitam yang ditumbuk sendiri.
  8. Selepas siap dimasak, kisarkan semua bahan dan tumiskan sekali lagi.

Cara sediakan daging dan roti oblong

  1. Goreng daging sehingga garing di luar.
  2. Roti dibelah dua dan disapu butter. Panggang seketika sehingga bertukar warna keperangan.
  3. Apabila sudah masak, celupkan ke dalam sos lada hitam yang telah dimasak.
  4. Kemudian, susunlah daging oblong tadi bersama hirisan bawang Holland dan sos.

https://www.tiktok.com/@trendingkini/video/7311209520619900178

BACA: “Tak Lama Lagi Gaza Masuk Musim Sejuk” – Khairul Aming Sumbang RM100,000 Kepada Palestin

Terdahulu, pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming memaklumkan hasil jualan daripada Sambal Nyet berjumlah RM100,000 akan disalurkan kepada tabung Cinta Gaza Malaysia (CGM).

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

PU Syed cuma nak pempengaruh ke selebriti ke untuk mencerminkan satu imej yang bagus untuk pengikut diorang.

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

  • Khairul Aming
  • Khairul Aming

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas