Connect with us

Oh! Media

Kecoh Isu Muslim Bersihkan Rumah Ibadat Agama Lain, Ini Jawapan Pejabat Mufti Pula

Oh! Islam

Kecoh Isu Muslim Bersihkan Rumah Ibadat Agama Lain, Ini Jawapan Pejabat Mufti Pula

Sebelum ini kecoh diperdebatkan isu sekumpulan pelajar universiti bantu membersihkan sebuah kuil yang terjejas akibat banjir.

ADVERTISEMENT

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus turut menerima tempias kecaman apabila menyatakan umat Islam tidak boleh membersihkan rumah ibadat agama lain.

BACA: Ramai Kecam Dan Persoal Jawapan Ustaz Azhar Idrus, Ini Jawapan Dr. Zakir Naik

Terbaru, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pula menjawab persoalan netizen mengenai hukum Muslim melakukan kerja pembersihan di rumah ibadat agama lain. Semoga perkongsian ini dapat menjawab kekeliruan semua.

mufti wilayah

Soalan

Apakah hukum seorang Muslim terlibat dalam membersihkan rumah ibadat agama lain, contohnya seperti yang tular baru-baru ini di mana sekumpulan pelajar terlibat membersihkan sebuah kuil yang terkesan akibat banjir yang melanda negara?

Ringkasan Jawapan

Seorang Muslim itu tidak boleh melibatkan diri dalam kerja gotong royong membersihkan rumah ibadat agama lain. Hal ini kerana ia dibimbangi boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam kategori membantu ke arah kesyirikan yang jelas dilarang dalam Islam.

Namun hal ini tidak sama sekali menegah kita daripada menunaikan hak kemanusiaan lain dengan membantu non-Muslim yang terkesan dengan sebarang musibah atau yang memerlukan bantuan melalui cara lain.

Antaranya dengan membersihkan rumah kediaman dan harta benda mereka serta menghulurkan bantuan kewangan dan barang keperluan.

Huraian Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Asas hubungan antara Muslim dan non-Muslim ialah perlaksanaan tanggungjawab dan memberi hak yang wajib diberikan dan dibenarkan dan membentuk suasana yang damai. Firman Allah SWT dalam al-Qur’an:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّالْمُقْسِطِينَ

Maksudnya: “Allah tiada melarang kamu untuk berlaku baik dan berbuat adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak mengusirmu dari negerimu”.

Surah Al-Mumtahanah (8)

Perbezaan agama tidak menghalang kita daripada berbuat baik kepada sesiapa sahaja atas dasar kemanusiaan. Namun demikian, Islam juga menggariskan batas-batas yang perlu dijaga dan dijadikan sempadan bagi memelihara kesucian akidah kita.

Kesimpulan

Pejabat Mufti berpendapat penglibatan Muslim dalam gotong-royong membersihkan rumah ibadat agama lain adalah dilarang, sejajar dengan kaedah syarak yang mengharamkan segala bentuk kesyirikan dan menegah daripada apa jua bentuk kerjasama serta bantuan yang menjurus ke arah kesyirikan.

Firman Allah SWT:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ

Maksudnya: Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu dalam membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bantu-membantu pada melakukan dosa dan pencerobohan.

Surah al-Ma’idah (2)

Hal ini juga berdasarkan kaedah yang mengarahkan seseorang Muslim itu agar memelihara dirinya daripada terjebak dalam sebarang perkara yang boleh menyebabkan timbulnya salah faham terhadap dirinya sendiri.

اتَّقُوا مَواضِعِ التُّهَمِ

Maksudnya: Berhati-hatilah kalian dengan ruang-ruang tohmahan.

Kaedah ini diambil daripada kata-kata Saidina Umar R.A:

مَنْ سَلَكَ مَسَالِكَ التُّهَمِ اتُّهِمَ

Maksudnya: Barangsiapa yang menempuhi laluan-laluan tohmahan, dia akan ditohmah.

Apa jua perkara yang berisiko menimbulkan fitnah, lebih-lebih lagi dalam konteks akidah, hendaklah sedaya upaya dielakkan kerana ia akan memberi kesan yang tidak baik kepada akidah dan keharmonian beragama umat Islam.

Baca penerangan penuh di SINI.

Kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas