Connect with us

Oh! Media

3 Tempat Makan Sekitar Petaling Jaya Ini Korang Wajib Cuba!

3 Tempat Makan Menarik Di PJ

Oh! Makan

3 Tempat Makan Sekitar Petaling Jaya Ini Korang Wajib Cuba!

‘You nak makan mana kejap lagi? I pun tak tau, I ikut you je…’

ADVERTISEMENT

Negara kita ni kaya dengan makanan yang pelbagai, jadi kita pun rambang mata nak pilih makanan untuk dimakan sebab semuanya sedap-sedap!

Haa, hari ni korang dah tau ke nak makan apa? Kalau belum, meh kami share dengan korang 3 tempat makan sekitar Petaling Jaya yang korang wajib cuba sebelum terlambat! Bukan apa, takut ramai sangat datang nanti makanan cepat habis.

1. The Fire, Tropicana Garden Malls

‘Oppa, tekak I teringin nak makan kimchi lah, tapi tak nak makan dekat tempat sama’

Biasalah, kadang-kadang kalau pasangan atau keluarga tengok K-Drama ni, tekak tu auto rasa nak makan makanan Korea sebab semuanya nampak menyelerakan. 

Tapi, mesti korang fikir tak banyak tempat yang sediakan makanan Korea betul tak? Asyik tempat sama je, confirm lah bosan! Moody nanti pasangan kalau korang bawa tempat sama.

Jadi, untuk menceriakan hari mereka, korang wajib bawa diorang datang ke The Fire, Tropicana Garden Malls sebab dekat sini ada macam-macam jenis makanan Korea tau. Memang autentiklah senang cerita!

Bukan setakat kimchi je, macam-macam jenis makanan lagi yang korang boleh dapatkan tau dekat sini, yang bestnya lain daripada yang lain!

2. Malaya Garden, Pasar Seni

@ohmedia

Cafe wajib singgah kalau korang ke Pasar Seni. Portion nasi lemak dia banyak wei! #ohmakan #fypfoodie #foodporn #ohmedia #pasarseni

♬ Food – Fresh and Delicious – MuraMusicStudio

‘Weh, jom lepak cafe, aku dah tak de gambar nak post dekat IG ni’

Nasib lah korang ada kawan-kawan atau pasangan yang suka berootd dan post dekat Instagram ni. Asyik ke cafe je, sampai botak kepala korang fikir nak bawa pergi cafe mana lagi betul tak?

Simpan je rambut korang tu, meh kami share satu cafe wajib datang, khas untuk korang yang suka berootd dan nampakkan Instagram feed kelihatan estetik iaitu Malaya Garden, Pasar Seni. 

Dekat sini, selain ada banyak tempat yang sesuai untuk tangkap gambar, makanan diorang pun semua menarik dari masakan Melayu sampailah Western. Rugi korang tak datang ni tau!

3. Melaka ABC, Paradigm Mall

‘Adik, cuba suggest dekat mak tempat best untuk dessert. Tekak mak kering ni’

Bila cuaca panas, mulalah mak-mak ni mengajak kita pergi cari mengeteh nak sejukkan badan. Lepas tu, craving bukan main lagi, kalah wanita mengandung, nak cendol lah, kadang-kadang nak ABC lah, aiskrim lagi. Kita pun pening mana satu yang diorang nak. 

Haa, untuk elakkan korang bertambah pening, jom bawa diorang ke Melaka ABC di Paradigm Mall sebab dekat sini ada macam-macam jenis pencuci mulut yang confirm buat semua orang terliur. Barulah sejuk tekak ni. 

Selain dessert, kot-kot ada yang gebulur lagi nak makan makanan berat, tak perlu pergi jauh, kat sini pun korang boleh dapatkan macam-macam makanan tau.

Makan Di Mana Bukan Lagi Soalan Kritikal Dengan Oh! Makan

Haa, amacam? Semua kedai-kedai ni nampak menarikkan? Korang wajib cuba tau, bawa semua orang datang dekat tempat yang kami cadangkan ni sebab memang best. 
Kalau lepas ni korang dah tak ada idea nak makan dekat mana, atau dah penat dengan soalan ‘nak makan dekat mana?’, korang boleh je tengok Oh! Makan di TikTok Oh! Media. Jangan lupa follow tau!

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Ke Atas