Connect with us

Oh! Media

“Tidak Perlu Buat Perbandingan” – Sharifah Amani Respon Ciapan Syed Saddiq

Oh! Artis

“Tidak Perlu Buat Perbandingan” – Sharifah Amani Respon Ciapan Syed Saddiq

Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan kelonggaran sekatan bagi industri kreatif termasuklah persembahan langsung dan pembukaan pawagam.

ADVERTISEMENT

BACA: “Angkara Politik Rakyat Jadi Mangsa” – TMJ Respon Isu Syed Saddiq Minta Bantuan Ikat Jamin

Selain itu, kebenaran itu bermula pada 9 September ini dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) serta kepada individu yang telah melengkapkan dos vaksin.

Perkara itu sudah semestinya menjadi satu berita baik kepada masyarakat serta industri hiburan setelah sekian lama tidak berkunjung ke pawagam.

Syed Saddiq pertikai pembukaan pawagam?

Disebalik pengumuman itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dilihat tampil mempersoalkan kelonggaran kerajaan dalam pembukaan panggung wayang.

Menerusi ciapannya di laman Twitter, Syed Saddiq juga turut tertanya-tanya mengapa aktiviti sukan seperti gimnasium dan padang bola dalam ruang terbuka masih kekal ditutup.

Syed Saddiq

Difahamkan, beliau mendakwa kerajaan lebih mementingkan industri hiburan dari industri sukan serta kesihatan rakyat Malaysia.

Cinema dah boleh buka tapi gym dan padang bola yang open air masih kekal tutup. Nampaknya kerajaan lebih pentingkan industri hiburan dari industri sukan & kesihatan rakyat Malaysia.

Saya tidak membantah pembukaan semula panggung wayang cuma tolong bantu yang lain juga sebelum semuanya terlambat.

https://twitter.com/SyedSaddiq/status/1435249835595075587

Sharifah Amani beri respon

Walaubagaimanapun, ciapan daripada bekas Menteri Belia dan Sukan itu mendapat perhatian daripada pelakon tanah air, Sharifah Amani yang dilihat membalas ciapan itu.

Pelakon berusia 35 tahun itu menegaskan bahawa tidak perlu ada perbandingan antara dua industri itu kerana masing-masing memainkan peranan penting pada waktu sekarang.

Kesihatan bukan hanya pada tubuh luaran. Kesihatan minda dan jiwa sangat penting jua.

Sukan dan seni berjalan seiringan dalam menyembuhkan kita semua.Kedua-dua industri di anak tirikan buat sekian lama. Tidak perlu buat perbandingan, dua industri ini sedang tenat.

https://twitter.com/sharifahamani/status/1435495110230233096

Buat permohonan maaf

Menyedari ciapannya menerima kecaman dari netizen serta teguran daripada pelakon itu, Syed Saddiq atau nama sebenarnya Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman tampil membuat permohonan maaf.

Ulasnya, beliau tidak bermaksud untuk memperkecilkan mana-mana aspek selain turut mengakui amat mengalu-alukan pembukaan kedua-dua industri tersebut.

Walaubagaimanapun, permohonan maaf serta penjelasan itu disambut baik oleh Sharifah Amani serta turut bersetuju dengan perkara yang dicadangkan oleh beliau.

https://twitter.com/sharifahamani/status/1435520859452493825

Menurut laporan Kosmo, permohonan bagi pembukaan sukan padang yang dikemukan oleh Kementerian dan Sukan (KBS) telah dibincangkan pada sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Perkara itu bagaimanapun disambut baik Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, yang mengakui bahawa permintaan KBS bagi sukan padang adalah wajar dan berita baik berkenaan sukan akan diumumkan tidak lama lagi.

Kredit: Twitter Syed Saddiq dan Sharifah Amani I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebok dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas