Connect with us

Oh! Media

Khairul Aming Tidak Berdiam Diri! Ini Tindakan Yang Diambil Ke Atas Produk ‘Sambal Nyet Khairi’

khairul aming

Oh! Artis

Khairul Aming Tidak Berdiam Diri! Ini Tindakan Yang Diambil Ke Atas Produk ‘Sambal Nyet Khairi’

Apa perasan ambil hak orang ya? Tak takut ke? Apa yang terjadi ke atas influencer terkenal, Khairul Aming ini boleh dikatakan sebagai mengambil hak dia tanpa kebenaran tuan badan.

ADVERTISEMENT

Kecoh sekarang ni selepas ada pihak yang menciplak produk Sambal Nyet Khairul Aming dengan panggilan Sambal Nyet Khairi.

Mengakui sudah lama mengesan tindakan pihak terbabit, KA memaklumkan dia sudahpun mengambil tindakan undang-undang selepas mengenal pasti dan mengumpul semua bahan bukti untuk menuntut haknya di mahkamah.

Seorang peguam juga sudah dilantik oleh KA untuk menghantar surat tuntutan pelanggaran harta intelek dan jualan tanpa kebenaran pihak terbabit.

Ada lapan tuntutan yang kita senaraikan. Jika mereka gagal penuhi semua tuntutan itu, kita akan bawa kes ke peringkat seterusnya.

KA dalam pada itu turut memaklumkan ramai pelanggannya yang keliru dan tertipu dengan produk yang nampak sebijik sama dengan sambalnya.

“Jangan aniaya orang ramai macam ini…” – Khairul Aming.

Sebenarnya bukan kali pertama terjadi kerana pernah berlaku tiga tahun lalu dan saya yakin ramai tahu kes berkenaan. Jadi kita kena tahu setiap tindakan ada akibat daripada segi undang-undang.

Untuk pengetahuan korang, KA sudahpun mendaftarkan produk sambalnya di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan sudahpun mendapat kelulusan pada 2 November 2021.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas